LOJI RAWATAN AIR LANGAT 2 CIPTA TIGA REKOD BERSEJARAH
KUALA LUMPUR: Pakej 3 Projek Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2 mencipta sejarah apabila menerima tiga pengiktirafan daripada “Malaysia Book of Records” (MBOR) sekali gus membuktikan inovasi dalam kejuruteraan negara dan komitmen terhadap kelestarian alam sekitar.
KUALA LUMPUR: Pakej 3 Projek Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2 mencipta sejarah apabila menerima tiga pengiktirafan daripada “Malaysia Book of Records” (MBOR) sekali gus membuktikan inovasi dalam kejuruteraan negara dan komitmen terhadap kelestarian alam sekitar.
Tiga rekod yang dicipta itu melibatkan Sistem Paip Penghantar untuk Sisa Rawatan Air Pertama di Malaysia, Sistem Paip Penghantar Terpanjang untuk Sisa Rawatan Air iaitu 1,918 kilometer dan Sistem Penghantar Skru ‘Shaftless’ Terpanjang iaitu 46 meter.
Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) Zulkiflee Omar menyifatkan pengiktirafan bagi projek yang menelan kos RM210 juta itu adalah pencapaian penting dalam sektor air Malaysia.
“Ini bukan projek infrastruktur biasa, ia satu inovasi kejuruteraan penting yang menumpu kepada tadbir urus alam sekitar yang mampan,” katanya pada majlis penyampaian anugerah MBOR di Bandar Bukit Mahkota, Kajang, Selangor hari ini.
Projek LRA Langat 2 berupaya menyalurkan sehingga 1,130 juta liter air sehari (MLD) dan menjana sehingga 400 tan sisa air sehari, bergantung kepada kualiti air mentah yang disalurkan dari Sungai Semantan di Pahang melalui terowong sepanjang 45 kilometer merentasi Banjaran Titiwangsa ke Hulu Langat, Selangor.
Zulkiflee berkata dianggarkan bahawa pengurusan sisa konvensional memerlukan sehingga 96 perjalanan lori sehari yang mencetuskan risiko keselamatan jalan raya, pelepasan karbon yang tinggi dan gangguan kepada kehidupan masyarakat setempat.
Bagaimanapun, beliau berkata dengan penggunaan sistem paip penghantar yang baharu, sisa dipindahkan secara automatik sejauh kira-kira dua kilometer ke tapak pelupusan khas berhampiran Kolam Imbangan Bukit Enggang di Bandar Mahkota Cheras sekali gus mengelakkan daripada kenderaan berat berada di jalan raya.
“Sistem ini bukan sahaja menjimatkan minyak dan mengurangkan pelepasan karbon tetapi juga menyokong komitmen negara terhadap perubahan iklim yang mampan,” katanya.
Beliau berkata sistem tersebut mampu mengangkut 120 tan sisa sejam sepanjang lapan jam operasi harian sekali gus menggantikan keperluan kira-kira 35,000 perjalanan lori setahun yang secara tidak langsung membantu meningkatkan keselamatan, kecekapan operasi dan perlindungan alam sekitar.
Zulkiflee turut berterima kasih kepada semua pihak berkepentingan yang terlibat dalam kejayaan projek itu, khususnya kontraktor utama Salcon Engineering Berhad, perunding dan agensi kerajaan serta MBOR atas pengiktirafan tersebut.
“Projek ini membuktikan bahawa kemudahan awam juga boleh menghasilkan pendekatan yang inovatif, bertanggungjawab dan bertaraf dunia,” katanya. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked