Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEMANDU “BAS PINK” TERBABIT KEMALANGAN DI ALOR GAJAH DIREMAN TIGA HARI

DALAM NEGARA

PEMANDU “BAS PINK” TERBABIT KEMALANGAN DI ALOR GAJAH DIREMAN TIGA HARI

Pemandu bas henti-henti atau lebih dikenali “bas pink” yang terbabit dalam satu kemalangan jalan raya sehingga mengakibatkan kematian seorang lelaki di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) dekat Taman Awan Biru, Sungai Petai semalam, direman tiga hari bermula hari ini.

Sumber Gambar: Media Sosial

ALOR GAJAH: Pemandu bas henti-henti atau lebih dikenali “bas pink” yang terbabit dalam satu kemalangan jalan raya sehingga mengakibatkan kematian seorang lelaki di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) dekat Taman Awan Biru, Sungai Petai semalam, direman tiga hari bermula hari ini.

Majistret Dr Teoh Shu Yee membenarkan permohonan reman itu, selepas mendapat permohonan daripada pihak polis yang menahan lelaki berusia 37 tahun itu semalam.”

Media semalam melaporkan pada kejadian kira-kira 4.45 petang itu, kereta dipandu Muhammad Aiman Mohd Farid, 23, yang juga pekerja subkontraktor Tenaga Nasional Berhad (TNB) dirempuh sebuah bas ketika berhenti di bahu jalan, sehingga menyebabkan mangsa terjatuh ke dalam longkang dan parah di kepala.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala rakannya Muhammad Hakimi Hafiz Baharin, 22, pula luka di badan.

Bas berkenaan dikatakan dalam perjalanan dari Terminal Bas Melaka Sentral menuju ke Lebuh AMJ, manakala kereta dipandu Muhammad Aiman pula dari arah Rembia.

Bagaimanapun pemandu bas dan seorang penumpang wanita berusia 53 tahun, tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan tersebut. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading