INSTITUSI YANG DI-PERTUAN AGONG PERLU TERUS DIPELIHARA, DIPERTAHAN – AL SULTAN ABDULLAH
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah supaya institusi Yang di-Pertuan Agong di negara ini terus dipelihara dan dipertahan pada setiap masa.
KUALA LUMPUR: Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah supaya institusi Yang di-Pertuan Agong di negara ini terus dipelihara dan dipertahan pada setiap masa.
Baginda bertitah sekiranya institusi itu bercanggah daripada fungsi dan sifat kewujudannya maka kerajaan akan menjadi lemah manakala negara porak-peranda.
Al-Sultan Abdullah bertitah selain itu, institusi Yang di-Pertuan Agong adalah pelindung terakhir kepada kesejahteraan rakyat dan kedaulatan negara.
“Maka tatanglah institusi ini bagaikan minyak yang penuh. Martabatkan institusi ini dan jangan sekali-kali mencemari ia dengan nista dan dusta,” titah Seri Paduka pada Majlis Jamuan Negara sempena tamat pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ke-16 di sebuah hotel di sini malam ini.
Berangkat sama pada majlis itu Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, serta barisan Jemaah Menteri.
Mengimbau kembali sepanjang pemerintahan selaku Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah bertitah baginda telah dikurniakan keafiatan untuk memerintah negara bersama empat Perdana Menteri.
“Insya-Allah, jika tiada berlaku sebarang aral atau ‘langkah-langkah lain’ dalam tempoh dua hari yang akan datang, beta akan menamatkan pemerintahan bersama Yang Amat Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Tidak pernah terlintas di fikiran beta untuk terpaksa memikul tugas berat melantik tiga orang Perdana Menteri dan juga membawa negara keluar dari situasi ketidaktentuan,” titah baginda.
Bagaimanapun, Al-Sultan Abdullah bertitah dalam setiap situasi itu, baginda sentiasa berpegang kepada prinsip demokrasi berparlimen.
Pada masa sama, baginda bertitah mengubah sesuatu semata-mata atas agenda politik tidak akan menguntungkan sesiapa.
“Kita tidak melakukan perubahan hanya sekadar untuk melakukan perubahan. Menukar Perdana Menteri setiap tahun juga tidak akan menjamin apa-apa.
“Akibatnya, rakyat akan menderita, ekonomi akan merudum sehingga akhirnya negara menjadi tidak stabil,” titah Seri Paduka.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked