Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

INSTITUSI ZAKAT PERLU SELESAIKAN MASALAH ASAS KEMISKINAN TEGAR – PERDANA MENTERI

DALAM NEGARA

INSTITUSI ZAKAT PERLU SELESAIKAN MASALAH ASAS KEMISKINAN TEGAR – PERDANA MENTERI

“Sebab itu kalau tanya saya dalam bicara soal zakat di negeri-negeri, walaupun ia bidang kuasa negeri, saya tidak boleh menerima kenyataan negeri yang boleh mengumpul dana zakat yang besar, tetapi masih ada kelompok miskin tegar. 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan e-Book : Malaysia MADANI Teras Kelasteraian Kewangan Sosial Islam & Isu Zakat Kontemporari pada Persidangan Antarabangsa Zakat Pulau Pinang di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini hari ini. –fotoBERNAMA

GEORGETOWN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan institusi zakat mesti memikul tanggungjawab menyelesaikan masalah asas berkaitan kemiskinan tegar di negara ini.

Beliau berkata zakat tidak seharusnya dilihat sebagai institusi biasa atau bagi menjana pendapatan negara sahaja, sebaliknya ia adalah institusi penting yang dikaitkan dengan usaha membanteras kemiskinan.

“Sebab itu kalau tanya saya dalam bicara soal zakat di negeri-negeri, walaupun ia bidang kuasa negeri, saya tidak boleh menerima kenyataan negeri yang boleh mengumpul dana zakat yang besar, tetapi masih ada kelompok miskin tegar. 

“.. saya hendak zakat itu dimanfaatkan sepenuhnya,” katanya semasa berucap pada Persidangan Antarabangsa Zakat Pulau Pinang 2024 di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid dan Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.

Anwar berkata pengurusan zakat tidak boleh diambil mudah, sebaliknya memerlukan tatakelola yang baik untuk menyelesaikan masalah kemiskinan khususnya melibatkan umat Islam.

Beliau berkata setiap kutipan atas nama zakat mesti dibelanjakan secara bertanggungjawab dengan keutamaan adalah untuk menyelesaikan kemiskinan dalam kalangan rakyat.

Perdana Menteri berkata setakat ini usaha membasmi kemiskinan tegar di Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor sudah mencapai status 100 peratus. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading