Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

IPC – Netizen bangga dengan pendirian Malaysia

DALAM NEGARA

IPC – Netizen bangga dengan pendirian Malaysia

Rakyat Malaysia bersolidariti bersama rakyat Palestin yang dizalimi – Foto Sinar Online

SHAH ALAM, 27 Januari – Facebook Paralympic Games hari ini diserang ribuan netizen Malaysia.

Ia berikutan badan itu memuat naik kenyataan berkaitan keputusan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) yang membatalkan hak penganjuran Malaysia untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang akan diadakan di Kuching pada 29 Julai hingga 4 Ogos ini.

Setakat jam 11 malam, kenyataan yang dimuat naik berkaitan ketegasan jawatankuasa tersebut berhubung negara tuan rumah tidak memasukkan atlet dari negara tertentu atas alasan politik mendapat respons kira-kira 34,000 pengguna Facebook.

Antara komen paling banyak diutarakan adalah kami tidak kisah, kami bersama Palestin.

“Kami tidak kisah, bangga dengan keputusan Malaysia dan bangga jadi rakyat Malaysia,” kata pengguna Facebook, Anjallai Vadivil.

IPC dalam kenyataan hari ini menyatakan, keputusan itu dibuat pada mesyuarat di London selepas Kementerian Dalam Negeri Malaysia gagal memberikan jaminan diperlukan oleh perenang Para Israel untuk menyertai kejohanan, bebas dari diskriminasi dan selamat dalam kejohanan.

Sinar Online melaporkan, Presiden IPC, Andrew Parsons menjelaskan semua kejohanan dunia perlu terbuka kepada semua atlet dan negara yang layak untuk bersaing dengan selamat dan bebas daripada diskriminasi.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading