Gerakan golongan cendekiawan profesional bukan benda baharu. Ratusan
persatuan atau pertubuhan jenis ini wujud sekian lama. Sama ada mewakili
kepentingan profesional, atau ditubuhkan bagi memastikan suara mereka didengar
dalam masyarakat.
Koordinator MySSA, Khalid Al Walid Mustafa Kamil (kanan) bersama pelarian Syria di kem pelarian Syria di Hatay, Turki.
Gerakan profesional dalam bentuk pertubuhan sangat berfungsi dan
memberi impak. Suara persatuan peguam paling prominan kerana suara profesional
mereka sentiasa berperanan dalam memastikan isu-isu perundangan memiliki suara
teguran.
Malah, dalam banyak perkara – pertubuhan guaman turut memainkan peranan
menjaga kepentingan awam dan hak asasi manusia dalam isu berkaitan memelihara
kemuliaan perundangan.
Sejarah negara kita pula tidak akan sempurna tanpa suara anak muda. Ini
realiti sejak era wujudnya kesedaran intelek ketika menentang Malayan Union
pada 1946. Pada waktu itu, anak muda menjadi vokal dalam pelbagai gerakan
massa.
Selepas merdeka dan pada era tujuh puluhan di mana bangkitnya dekad The
Angry Young Men – sejarah gerakan anak muda makin progresif. Walaupun kebanyakan
organisasi hanya berbentuk ‘adhoc’.
Gerakan anak muda mula bersifat insklusif. Revolusi Baling 1974 akan
dikenang sebagai titik pencetus gerakan awam anak muda terpelajar dalam membela
rakyat awam.
Satu era bermula suara anak muda sebagai alternatif khusus bagi
generasi itu mengisi peranan kritis dalam pelbagai isu. Dekad tujuh puluhan
dianggap dekad kebangkitan anak muda.
Justeru, sejarah peranan anak muda dalam gerakan massa bukan kecil.
Sumbangannya besar dan tidak mungkin diperlekeh.
Namun, sejak dekad lapan puluhan, persatuan dan fraksi anak muda
mengundur ke belakang. Patennya jadi sangat eksklusif dan hanya berada dalam
kokon generasi dan kaum profesi mereka sahaja.
Sejarah tujuh puluhan yang menyinar dan trend lapan puluhan yang elit,
membahagikan gerakan anak muda pada dua dimensi. Aktivis sosial berada di sisi
masyarakat. Manakala, kaum akademik dan profesional meletakkan zon mereka di
tahap agak elit.
Fonemena itu berlarutan hingga sekarang. Jadi, apa yang baharunya kalau
kita mahu bercakap soal kaum intelek dan golongan profesional anak muda dalam
gerakan massa? Apa lagi bagi yang mendokong teras Islamik.
Wujud kekaguman apabila bertemu dan mengadakan diskusi kerjasama dengan
sekumpulan anak muda baru-baru ini. Saya baru menyedari lahirnya Malaysia Young
Shariah Scholars Association (MySSA) atau Persatuan Cendekiawan Muda Syariah
Malaysia.
Melatih para koordinator program dalam permasalahan penyakit mental dalam kalangan pelarian Syria di Akkar, Lebanon.
MySSA ialah organisasi khusus bagi memelihara kebajikan serta memajukan
pengetahuan siswazah, graduan, cendekiawan muda serta pengamal dalam bidang
Syariah.
Satu realiti setelah lama dibincangkan dalam kalangan komuniti Syariah
di negara ini. Cuma, idea tersebut sekali lagi dijelmakan dan dicetuskan dalam
bentuk yang lebih segar. MySSA diinspirasikan Datuk Dr. Mohd Daud Bakar – tokoh
Cendekiawan Syariah ulung negara ini.
Idea tertubuhnya MySSA disahut kumpulan graduan dan cendekiawan muda
Syariah.
Melatih para Koordinator Program pembangunan pelarian di Tripoli, Lebanon.
“Kami mahu meneruskan usaha-usaha tokoh besar seperti Datuk Dr.
Daud. Amat penting kesimbungan itu ada,” kata Ahmad Mu’az Mohd Nawawi,
Presiden MySSA.
Ahmad Mu’az lulusan perundangan dan kini bertugas sebagai Managing
Partner di MAHA Lawyers.
Paling menarik, Ahmad Mu’az mahu MySSA tidak menjadi elit dan bersifat
gerakan cendekiawan Islam yang berada di atas mimbar. MySSA harus merakyat dan
membumi sesuai dengan keperluan masyarakat sekarang.
“MySSA akan turun ke akar umbi dan menjalankan khidmat bakti pada
masyarakat bawahan. Kami mahu berada dalam denyut nadi rakyat marhaen,”
katanya.
Pertemuan di Bilik Asar, Stesen TV Alhijrah terasa lain getarannya. Kehadiran
Ahmad Muaz dan delegasi MySSA membuka perspektif baharu mengenai gerakan
intelektual muda Islam.
Turut bersama dalam delegasi muhibbah MySSA ialah Koordinator MySSA,
Khalid Al Walid Mustafa Kamil.
“Buat masa ini kami sudah berpengalaman menguruskan program
membantu siswa yang bermasalah untuk meneruskan pengajian di kampus,” kata
Khalid Al Walid yang juga Pengarah Urusan, MAHA Consultants.
Program pemerkasaan pendidikan masyarakat miskin di Morogoro, Tanzania.
Program membantu mahasiswa bermasalah ini antara usaha memastikan
pelajar tidak meninggalkan universiti. Sistem sokongan dalam bentuk kaunseling
dan kemudahan penginapan disediakan.
“Kami letak mahasiswa ini di rumah projek. Kami berikan sokongan
dan nasihat serta kita betulkan semula persepsi mereka terhadap masalah
pembelajaran di kampus,” katanya.
Motif projek ini ialah memastikan anak Melayu Islam tidak tercicir di
peringkat pengajian tinggi.
Ahmad Mu’az Mohd Nawawi, Presiden MySSA (empat dari kiri) bersama Zainal Rashid Ahmad (lima dari kanan) sewaktu menghadiri perbincangan dengan stesen TV Alhijrah berkaitan program sosial.
MySSA akan bekerjasama dengan TV Alhijrah dalam pelbagai program sosial
terutama dalam skop membantu kumpulan B40. Khidmat kaunseling pendidikan, sesi
motivasi dan aspirasi akan dianjurkan di masjid-masjid di sekitar kawasan
Projek Perumahan Rakyat (PPR) bagi merealisasikan hubungan siraturrahim.
Khidmat ini sebagai membantu kerajaan dalam menyerapkan bantuan khidmat
kemasyarakatan ke zon PPR sesuai dengan aset utama MySSA dalam bidang
pembangunan ilmu dan sumber manusia.
MySSA bakal muncul sebagai pengisi konten program Assalamualaikum
Interaktif di TV Alhijrah setiap 7.00 pagi mulai Februari ini. Penceramah MySSA
termasuk huffaz profesional akan berkongsi iltizam dan perjuangan menjadikan
Islam itu sebagai Addin dan simbol Rahmatan Lil Alamin.
*ZAINAL RASHID AHMAD ialah Naib Presiden Kanan Kandungan dan Komersil TV Alhijrah.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager