Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LEBIH 12 RIBU KG DAGING KORBAN UNTUK GOLONGAN ASNAF, GURU AGAMA, B40

DALAM NEGARA

LEBIH 12 RIBU KG DAGING KORBAN UNTUK GOLONGAN ASNAF, GURU AGAMA, B40

Lebih 12,000 kilogram daging korban telah disumbangkan kepada lebih 60,000 penerima manfaat termasuk golongan asnaf, guru-guru agama dan golongan B40.

KUALA LUMPUR: Lebih 12,000 kilogram daging korban telah disumbangkan kepada lebih 60,000 penerima manfaat termasuk golongan asnaf, guru-guru agama dan golongan B40.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, sebanyak 145 ekor lembu telah dikorbankan di 126 lokasi seluruh negara menerusi Program Korban Al-Falah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) oleh YAPEIM serta rakan strategik.

“Kejayaan ini mencerminkan nilai-nilai ihsan, kebersamaan dan kasih sayang yang menjadi teras gagasan Malaysia MADANI, sekaligus memperkukuh agenda memperkasa kebajikan ummah melalui jaringan kerjasama strategik dan pelaksanaan program yang inklusif.

“Saya amat menghargai dedikasi YAPEIM dan para sukarelawan yang menjayakan program ini dengan penuh komitmen dan amanah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Na’im dalam pada itu mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk terus menyumbang serta menyokong inisiatif yang dilakukan YAPEIM bagi membantu golongan memerlukan.

“Setiap ringgit dan setiap pengorbanan anda adalah cahaya harapan buat mereka yang memerlukan. Semoga segala amal jariah dan pengorbanan ini diterima serta diberkati oleh Allah SWT,” katanya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading