Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

IRAN BUAT KESILAPAN BESAR, AKAN TERIMA PADAHNYA – NETANYAHU

DUNIA

IRAN BUAT KESILAPAN BESAR, AKAN TERIMA PADAHNYA – NETANYAHU

TEL AVIV: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menegaskan serangan Iran ke atas Israel pada Selasa adalah kesilapan besar.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

TEL AVIV: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menegaskan serangan Iran ke atas Israel pada Selasa adalah kesilapan besar.

Pemimpin yang dibenci dunia itu juga dengan angkuh menyatakan Iran akan menerima padah akibat serangan tersebut.

“Iran telah buat kesilapan besar dan akan menerima padahnya.

“Iran tidak faham keazaman kami untuk mempertahankan diri dan membalas dendam terhadap musuh kami,” katanya.

Sementara itu Jurucakap Tentera Israel, Daniel Hagari memaklumkan sebahagian besar roket dilancar Iran berjaya dipatahkan Iron Dome.

Setakat ini belum dapat disahkan jumlah mangsa terkesan akibat serangan Iran.

Presiden Iran Masoud Pezeshkian berkata serangan peluru berpandu negaranya ke atas Israel adalah berdasarkan hak sah terhadap pencerobohan rejim Zionis.

Ia sebagai tindak balas ke atas pemergian (ketua Hamas) Ismail Haniyeh, (pemimpin Hizbullah) Hassan Nasrallah, dan komander IRGC Abbas Nilforushan. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading