Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SARANAN SOLAT HAJAT DOAKAN MANGSA SERANGAN REJIM ISRAEL

DALAM NEGARA

SARANAN SOLAT HAJAT DOAKAN MANGSA SERANGAN REJIM ISRAEL

Gambar fail. – Bernama

KUALA LUMPUR: Rejim Zionis Israel terus mengganas di Timur Tengah meskipun pelbagai pihak telah menuntut agar negara haram itu menghentikan tindakan zalim mereka.

Oleh itu bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan umat Islam di sana terutama di Gaza, Lubnan, Syria dan Yaman, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyarankan agar solat hajat dilaksanakan.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyarankan agar masjid-masjid utama di bawah pentadbiran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) iaitu Masjid Negara, Masjid Putra, Putrajaya dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya untuk melaksanakan solat hajat bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan buat semua mangsa tragedi serangan rejim Israel ke atas Gaza, Lubnan, Syria dan Yaman.

“Saranan ini adalah juga kepada masjid, surau Jumaat dan surau seluruh Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI),” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Tegasnya, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengecam sekeras-kerasnya serangan yang dilakukan oleh Israel dan ianya perlu dihentikan segera.

Tambahnya tragedi ini telah menaikkan kemarahan di seluruh dunia.

Sementara itu JAWI dalam kenyataan memaklumkan solat hajat di masjid, surau Jumaat dan surau di seluruh Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dibuat mulai 1 Oktober selepas solat Isyak sehingga 4 Oktober 2024 (Jumaat) bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan buat semua mangsa.

“Sesungguhnya doa dan munajat yang dikirimkan adalah salah satu inisiatif berterusan dalam menzahirkan keprihatinan umat Islam khususnya di Wilayah-Wilayah Persekutuan agar tindakan serangan dan peperangan yang membawa kehancuran segera dihentikan,” kata Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib Ismail. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading