Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ISRAEL GUNA MAKANAN, BANTUAN KEMANUSIAAN SEBAGAI SENJATA DI GAZA

DUNIA

ISRAEL GUNA MAKANAN, BANTUAN KEMANUSIAAN SEBAGAI SENJATA DI GAZA

Ketua Pesuruhjaya Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) di Asia Barat Philippe Lazzarini, mengkritik Israel kerana menggunakan makanan dan bantuan kemanusiaan sebagai senjata di Gaza.

Gambar FAIL (AFP)

NEW YORK: Ketua Pesuruhjaya Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) di Asia Barat  Philippe Lazzarini, mengkritik Israel kerana menggunakan makanan dan bantuan kemanusiaan sebagai senjata di Gaza, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).

Dalam satu hantaran di platform X, Lazzarini menzahirkan kebimbangan terhadap situasi genting di Gaza, dengan tentera Israel telah melancarkan serangan yang disifatkan sebagai genosid sejak 18 bulan lalu. Beliau berkata kelaparan dan putus asa semakin berleluasa, dengan Israel menggunakan makanan dan bekalan kemanusiaan sebagai alat peperangan.

Lazzarini menjelaskan bahawa Israel telah mengenakan sekatan ketat ke atas Gaza selama lebih sebulan, menyekat kemasukan barangan keperluan asas termasuk makanan, ubat-ubatan dan bahan api. Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai hukuman kolektif terhadap penduduk awam.

“Penduduk Gaza keletihan kerana terus terperangkap di sebidang tanah yang kecil,” katanya. “Bantuan mesti dibenarkan masuk dan kepungan ini perlu ditamatkan.”

Situasi di Gaza bertambah buruk pada awal Mac 2025 apabila pihak pendudukan Israel menutup pintu masuk ke Semenanjung Gaza, sekali gus menghentikan kemasukan bantuan kemanusiaan, bantuan kecemasan dan bekalan perubatan. Tindakan itu telah menyebabkan kemerosotan yang belum pernah berlaku dalam keadaan kemanusiaan di wilayah berkenaan. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading