Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KPM KESAL VIDEO MENGELIRUKAN DAKWA NEGARAKU DINYANYIKAN BUKAN DALAM BAHASA KEBANGSAAN

DALAM NEGARA

KPM KESAL VIDEO MENGELIRUKAN DAKWA NEGARAKU DINYANYIKAN BUKAN DALAM BAHASA KEBANGSAAN

KPM dalam kenyataan memaklumkan lagu yang dinyanyikan oleh murid sekolah berkenaan bukan lagu Negaraku seperti yang didakwa tetapi sebenarnya lagu ‘Allah Lanjutkan Usia Sultan’ yang merupakan lagu kebesaran negeri Perak.

Gambar hiasan (BERNAMA)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) kesal tindakan seorang pempengaruh politik menularkan sebuah video yang mengelirukan masyarakat dengan mendakwa lagu ‘Negaraku’ dinyanyikan bukan dalam bahasa kebangsaan di sebuah sekolah di Perak.

KPM dalam kenyataan memaklumkan lagu yang dinyanyikan oleh murid sekolah berkenaan bukan lagu Negaraku seperti yang didakwa tetapi sebenarnya lagu ‘Allah Lanjutkan Usia Sultan’ yang merupakan lagu kebesaran negeri Perak.

“Lagu yang dinyanyikan ini adalah simbol taat setia, kasih dan penghormatan kepada Sultan Perak Darul Ridzuan dan tradisi Kesultanan Negeri Perak.

“Video berkenaan juga secara jelas menunjukkan murid dan semua hadirin telah menyanyikan lagu ‘Allah Lanjutkan Usia Sultan’ dalam Bahasa Melayu mengikut lirik yang betul,” menurut kenyataan itu pada Jumaat.

Sehubungan itu KPM menasihatkan masyarakat supaya tidak terpengaruh dengan fitnah jahat yang cuba menghasut dan mengancam perpaduan serta keharmonian negara.

Terdahulu, tular beberapa video di laman media sosial termasuk TikTok menunjukkan rakaman nyanyian lagu di sebuah sekolah yang didakwa dinyanyikan dalam bahasa Cina. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading