ISRAEL SERBU PERKARANGAN MASJID AL-AQSA, TANGKAP 10 RAKYAT PALESTIN

BAITULMAQDIS: Polis Israel bertindak menahan 10 rakyat Palestin selepas menyerbu perkarangan Masjid Al-Aqsa semalam.

Serbuan dibuat Zionis selepas mendakwa penunjuk perasaan membaling batu ke arah polis.

Zionis dilapor membalas serangan itu dengan menembak peluru getah ke arah peserta protes.

Pertembungan itu mengakibatkan sekurang-kurangnya sembilan rakyat Palestin cedera.

Kira-kira 1,000 orang berkumpul di pekarangan masjid Al-Aqsa selepas solat Jumaat, melaungkan ‘Allah Maha Besar’ dengan sebahagiannya mengibar bendera Palestin.

Mereka dilapor berkumpul sebagai tanda protes terhadap tindakan biadap dan provokasi rakyat Israel yang menghina Nabi Muhammad SAW semasa perarakan bendera pada Selasa. — AlHijrah Online

Leave a Reply