MALAYSIA PRIHATIN, SANTUNI PELAJAR PALESTIN DALAM NEGARA

KUALA LUMPUR: Hampir setengah juta ringgit diperuntukkan bagi membiayai kos pengajian 135 pelajar rakyat Palestin yang sedang menyambung pengajian di 21 universiti di Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, usaha itu menterjemah keprihatinan kerajaan, selain menyuntik harapan baru kepada golongan berkenaan untuk terus meraih kejayaan dalam akademik.

Saksikan laporan Berita AlHijrah siaran 18 Jun 2021. — AlHijrah Online

Leave a Reply