Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS SAHKAN KILANG MINUMAN KERAS DI SHAH ALAM TIDAK BEROPERASI

DALAM NEGARA

POLIS SAHKAN KILANG MINUMAN KERAS DI SHAH ALAM TIDAK BEROPERASI

SHAH ALAM: Polis mengesahkan kilang minuman keras di Seksyen 15, Shah Alam tidak beroperasi seperti dakwaan seorang individu menerusi sebuah video yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata pihaknya telah melakukan pemantauan di kilang minuman keras terbabit kira-kira jam 7.40 petang semalam selepas dakwaan premis itu beroperasi berdasarkan asap yang keluar menerusi cerobong asap kilang.

“Team Task Force telah menjalankan siasatan dan pematuhan secara keseluruhan di lokasi dalam dan luar Carlberg Brewery Malaysia Berhad dan mendapati memang pihak kilang mematuhi dengan baik segala Prosedur Operasi Standard (SOP).

“Pengurus kanan kilang juga telah menyatakan dengan jelas asap yang dikeluarkan dari salah satu cerobong kilang merupakan wap daripada proses memanaskan sejenis bahan mentah yang menyerupai gandum atau ragi (yeast) yang mana bahan ini perlu dipanaskan bagi memastikan ia tidak rosak sepanjang penutupan operasi kilang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya wap atau asap perlu dikeluarkan bagi mengelak berlaku letupan.

Sebelum ini tular video mendakwa kilang tersebut beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Polis dalam pada itu memaklumkan akan memanggil individu yang memuat naik video berkenaan.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan kilang minuman keras tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP 3.0. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading