Connect with us

ALHIJRAH NEWS

ISRAEL SETUJU SYARAT UNTUK MUKTAMADKAN GENCATAN SENJATA 60 HARI DI GAZA – TRUMP

DUNIA

ISRAEL SETUJU SYARAT UNTUK MUKTAMADKAN GENCATAN SENJATA 60 HARI DI GAZA – TRUMP

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Selasa berkata Israel bersetuju dengan “syarat-syarat yang diperlukan” bagi memuktamadkan gencatan senjata selama 60 hari di Semenanjung Gaza.

Sumber Gambar: AFP

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Selasa berkata Israel bersetuju dengan “syarat-syarat yang diperlukan” bagi memuktamadkan gencatan senjata selama 60 hari di Semenanjung Gaza.

Trump dalam satu kenyataan menerusi platform Truth Social miliknya memaklumkan bahawa wakil-wakilnya mengadakan mesyuarat bersama pegawai-pegawai Israel pada hari sama, lapor Anadolu Ajansi.

“Israel telah bersetuju dengan syarat-syarat penting untuk memuktamadkan gencatan senjata 60 hari dan dalam tempoh itu, kami akan bekerjasama dengan semua pihak untuk menamatkan perang,” katanya.

Trump berkata bahawa Qatar dan Mesir selaku perantara dalam rundingan itu akan menyerahkan “cadangan akhir” kepada kumpulan Palestin, Hamas.

“Saya berharap, demi kebaikan Timur Tengah, Hamas menerima perjanjian ini, kerana ia tidak akan jadi lebih baik — MALAH AKAN JADI LEBIH BURUK,” tegas beliau.

Terdahulu pada hari sama, Trump turut memberitahu pemberita bahawa beliau berharap gencatan senjata di Gaza dapat dicapai “pada minggu hadapan”.

Beliau juga berkata akan membincangkan isu Gaza dan Iran bersama Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dalam pertemuan mereka minggu depan di Washington, DC. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading