ANGGOTA JPJ MENYAMAR PENUMPANG PANTAU PEMAKAIAN TALI PINGGANG KELEDAR DALAM BAS
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan taktik penyamaran bagi mengesan pemandu dan penumpang bas ekspres serta persiaran yang tidak memakai tali pinggang keledar selepas arahan dikuatkuasakan bermula semalam.
ALOR SETAR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan taktik penyamaran bagi mengesan pemandu dan penumpang bas ekspres serta persiaran yang tidak memakai tali pinggang keledar selepas arahan dikuatkuasakan bermula semalam.
Pengarah JPJ Kedah Stien Van Lutam berkata taktik penyamaran membolehkan tindakan saman terus dikenakan terhadap pemandu dan penumpang yang gagal mematuhi peraturan berkenaan.
“Penguatkuasaan kita bukan terhad kepada sekatan jalan raya atau pemeriksaan di terminal bas dan hentian Rehat dan Rawat, tapi menerusi penyamaran. Sekiranya terdapat penumpang atau pemandu sendiri tidak memakai tali pinggang keledar dan ada bukti visual di situ, kita akan keluarkan kompaun.
“Pengunaan tali pinggang keledar ini untuk diri sendiri kerana apabila berlaku kemalangan kita tak mahu penumpang tercampak keluar dari tempat duduk disebabkan tak pakai tali pinggang keledar,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa Ops Pemakaian Tali Pinggang Keledar Bas Ekspres dan Bas Persiaran di Plaza Tol Alor Setar arah Utara di sini semalam.
Dalam operasi kira-kira 4.30 petang itu, sebanyak 18 bas ekspres dan bas persiaran diperiksa dengan 16 notis kompaun dan dua notis peringatan dikeluarkan kepada penumpang kerana tidak memakai tali pinggang keledar.
Beliau berkata pemeriksaan turut mendapati kebanyakan tali pinggang keledar di dalam bas tidak berfungsi dengan baik dan JPJ akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta agensi terlibat untuk melaksanakan operasi berkenaan dari semasa ke semasa.
“Ini soal keselamatan, saya ingatkan pemandu bas agar menyediakan kemudahan yang memang boleh digunakan sebab kita lihat kemudahan itu ada di tempat duduk, tapi kondisinya tak bagus, tak boleh pasang dan sebagainya. Ini tak adil bila kita nak saman, kemudahan itu tak ada,” katanya.
JPJ melaksanakan penguatkuasaan penuh terhadap pemakaian tali pinggang keledar bagi pemandu dan semua penumpang bas ekspres dan persiaran selaras dengan Peruntukan di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Tali Pinggang Keledar dan Sistem Kekangan Kanak-Kanak) 1978 Pindaan (2008).–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.