Surau MADANI Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban (arah Selatan) diisytiharkan sebagai surau pertama di lebuh raya mendapat kelulusan mendirikan solat Jumaat bermula minggu ini.
SEREMBAN: Surau MADANI Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban (arah Selatan) diisytiharkan sebagai surau pertama di lebuh raya mendapat kelulusan mendirikan solat Jumaat bermula minggu ini.
Mufti Negeri Sembilan Prof Madya Datuk Dr Faudzinaim Badaruddin berkata pengisytiharan itu memudahkan pengguna lebuh raya khususnya pekerja di kawasan R&R berkenaan untuk menunaikan solat Jumaat di lokasi lebih dekat dan selesa.
Beliau berkata inisiatif PLUS Malaysia Berhad (PLUS) membina surau berkenaan dapat menampung hampir 150 jemaah lelaki.
“Kita mengharapkan menerusi usaha ini, masyarakat Islam dapat meningkatkan hubungan mereka dengan Allah dan melaksanakan ibadat diwajibkan dalam agama.
“Sebelum kebenaran diberikan, saya secara peribadi bertanya kepada sebahagian pekerja di sini, di mana mereka solat Jumaat. Antara jawapan diberikan adalah mereka tidak pergi solat Jumaat kerana kekangan masa dan jarak lokasi masjid yang jauh,” katanya kepada pemberita selepas majlis pengisytiharan kelulusan mendirikan solat Jumaat di Surau MADANI R&R Seremban (arah Selatan) di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Pegawai Operasi PLUS Datuk Zakaria Ahmad Zabidi.
Sementara itu, Zakaria berkata projek Surau MADANI ini adalah usaha berterusan PLUS untuk menambah baik mutu perkhidmatan dengan menyediakan kemudahan beribadah selesa serta membina ekosistem lebuh raya mesra pengguna, lestari dan menyokong kesejahteraan komuniti setempat.
Beliau berkata objektif utama inisiatif adalah menyediakan kemudahan beribadah kepada komuniti pemaustatin yang bekerja di R&R serta penduduk sekitar Labu dan Seremban.
Zakaria berkata surau berkenaan dibina dengan reka bentuk yang selesa, nyaman dan mesra pengguna, termasuk kemudahan bagi warga emas dan golongan berkeperluan khas, agar mereka dapat menikmati pengalaman ibadah lebih baik.
“Sebagai persediaan menunaikan solat Jumaat, surau ini telah menjalani proses naik taraf meliputi pemasangan mimbar, mihrab, sistem pembesar suara dan penubuhan Jawatankuasa Kariah Penaja Surau MADANI R&R Seremban (arah Selatan),” katanya.—AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.