Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MELAKA SIASAT DAKWAAN KESILAPAN KHAT KUFI KALIMAH ALLAH

DALAM NEGARA

MELAKA SIASAT DAKWAAN KESILAPAN KHAT KUFI KALIMAH ALLAH

Kerajaan Negeri Melaka sedang menyiasat dakwaan kesilapan dalam pemasangan khat kufi kalimah ‘Allah’ dengan ejaan yang kurang tepat.

MELAKA: Kerajaan Negeri Melaka sedang menyiasat dakwaan kesilapan dalam pemasangan khat kufi kalimah ‘Allah’ dengan ejaan yang kurang tepat.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman berkata pihaknya sedang mengenal pasti masjid atau surau yang dipercayai melakukan kesalahan berkenaan.

Beliau berkata terdapat lebih 1,000 masjid dan surau di Melaka dan telah mengarahkan jabatan berkaitan menjalankan semakan bagi memastikan kesahihah dakwaan berkenaan.

“Jika benar di Melaka, pihak pengurusan masjid disyor melakukan perubahan segera. Usaha ini turut melibatkan Kementerian Dalam Negeri (KDN),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, seorang pempengaruh telah memuat naik dakwaan berhubung kesilapan dalam khat kufi di sebuah masjid di Melaka, yang mendapat pelbagai reaksi warga siber. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading