ISTERI MISBUN SIDEK MENINGGAL DUNIA

KUALA LUMPUR: Datin Latifah, isteri kepada legenda sukan badminton negara, Datuk Misbun Sidek, meninggal dunia, malam tadi.

Perkara tersebut dimaklumkan Majlis Sukan Negara (MSN) selepas allahyarham meninggal dunia pada jam 8.15 malam tadi.

“Dukacitanya dimaklumkan Datin Latifah, isteri kepada Datuk Misbun Sidek kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

“Sama-samalah kita panjatkan doa dan sedekahkan Al-Fatihah buat arwah dan semoga arwah ditempatkan bersama mereka yang disayangiNya. Takziah buat Datuk Misbun,” menerusi muat naik status di Facebook mereka.

ARTIKEL BERKAITAN – AGONG, RAJA PERMAISURI ZAHIR UCAPAN TAKZIAH KEPADA KELUARGA MISBUN SIDEK

Sebelum ini, isteri Misbun telah dimasukkan ke wad di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas didapati positif COVID-19.

Ia disahkan oleh pegawai khas Misbun, Nor Kamal Ahmad selepas arwah dimasukkan ke hospital pertengahan Julai lalu sebelum ditidurkan.

Arwah juga pernah dimasukkan ke wad bagi rawatan buah pinggang.

Allahyarham dan Misbun mendirikan rumah tangga pada tahun 1987 serta dikurniakan enam cahaya mata, Misbun Syawal, Lia Murni, Misbun Ramdan, Lia Alifah, Lia Dewi Rubita, dan Misbun Awalauddin.–AlHijrah Online

One comment

Leave a Reply