PUTRAJAYA: Waris pesakit yang memakai gelang merah jambu (pink) diingatkan agar tidak menambah risiko jangkitan COVID-19 kepada petugas di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Bersepadu 2.0 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang dengan menghantar barangan keperluan kepada ahli keluarga masing-masing.
Teguran dibuat oleh Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Ramacantiran M Ananthan kerana mendapati individu bergelang pink sama ada dijangkiti atau menjadi kontak rapat kes positif hadir ke PKRC MAEPS untuk menghantar barangan keperluan kepada waris yang sedang menjalani rawatan.
Mengakui tindakan sedemikian tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri, beliau berkata, ia boleh mendedahkan petugas di pondok keselamatan MAEPS yang menerima serahan tersebut kepada risiko jangkitan kerana mereka tidak dilengkapi pakaian perlindungan diri (PPE).
“Kita faham keadaan waris, mengharapkan ahli keluarga mereka selesa dengan menyediakan barangan keperluan tetapi mereka perlu berfikir tentang 1,300 petugas di PKRC MAEPS yang menguruskan keperluan ahli keluarga mereka sedang terdedah kepada risiko, jangan menambah lagi risiko kami di sini,” katanya kepada BERNAMA di sini, hari ini.
Ramacantiran berharap waris pesakit yang positif COVID-19 atau menjalani kuarantin kerana kontak rapat tidak sesekali datang ke PKRC MAEPS untuk menghantar barangan kepada ahli keluarga mereka dan bersama-sama mengambil tanggungjawab dalam usaha mengekang penularan.
Katanya, usaha membendung jangkitan adalah tanggungjawab bersama dan jangan menyalahkan pihak yang sedang berusaha menyelamatkan nyawa dan negara kerana petugas barisan hadapan di PKRC MAEPS juga perlu melindungi keluarga mereka daripada jangkitan virus itu.
Menurut Ramacantiran, penghantaran barangan keperluan oleh waris pesakit didapati agak keterlaluan sejak kebelakangan ini dengan petugas JKM perlu menguruskan lebih 300 beg setiap hari.
“Sejak kebelakangan ini, JKM perhatikan barang yang dihantar oleh waris kepada pesakit keterlaluan dan terlalu banyak. Pesakit dirawat di PKRC MAEPS berada di sini maksimum 10 hari, namun barangan keperluan yang dihantar itu seumpama untuk kegunaan sebulan. Ada menghantar makanan dan pakaian dalam bagasi yang terlalu besar,” katanya.
Beliau berkata, anggota JKM ditugaskan untuk menerima dan menghantar barang kepada pesakit yang sebelum ini digalas polis, ini secara tidak langsung mendedahkan petugas kerana terpaksa masuk ke zon kuning untuk penyerahan barang, namun itu tidak mematahkan semangat mereka walaupun berisiko dan menjalankan tanggungjawab dengan sempurna.
Untuk mengatasi kesesakan di pondok penyerahan serta risiko penularan, pengurusan PKRC MAEPS kini hanya membenarkan tiga jenis barangan dihantar kepada pesakit oleh waris iaitu ubat-ubatan, susu dan pampers dengan waktu penghantaran daripada 8 pagi hingga 3 petang sahaja dan tidak hadir pada waktu rehat dari 1 tengah hari hingga 2 petang.
Bagaimanapun, beliau berkata, atas budi bicara, penghantaran pakaian kepada pesakit yang sehelai sepinggang dibenarkan iaitu pesakit dipindahkan dari mana-mana hospital dan Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), peralatan dan keperluan berdasarkan kepada pertimbangan dari semasa ke semasa contohnya untuk bancuh susu memerlukan botol susu dan botol air panas.
Sementara itu, orang ramai diminta mendapatkan informasi terkini setempat yang tepat dan sahih mengenai pengoperasian PKRC MAEPS 2.0, mendapatkan panduan kepada pesakit dan waris serta mendapatkan maklumat konsisten sebagai bahan rujukan.
Laman sesawang PKRC MAEPS 2.0 iaitu www.pkrcmaeps.gov.my diaktifkan 1 Julai lepas ditaja sepenuhnya oleh MYNIC Bhd yang juga agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dengan kerjasama Jabatan Penerangan.
Laman tersebut memuat naik pelbagai maklumat berbentuk infografik bagi memudahkan orang awam membuat rujukan sekiranya mereka menjalani kuarantin di PKRC MAEPS 2.0 serta mengajukan soalan atau permasalahan yang mana maklum balas akan diberi dalam masa 24 jam.—AlHijrah Online / BERNAMA
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.