
KUALA LUMPUR: Individu bukan Muslim yang dipercayai terlibat menghina Islam dan Al-Quran melalui hantaran di media sosial telah berjaya ditahan polis.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Hasan berkata siasatan telah dijalankan dan suspek telah ditahan polis mengikut lunas undang-undang.
“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memandang serius dan memantau insiden yang tular melibatkan seorang individu bukan Muslim yang menghina Islam dan al-Quran.
“Perbuatan ini telah mengguris maruah umat Islam apatah lagi di bulan Ramadan yang mulia ini,” katanya.
Beliau juga menyeru semua pihak Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memandang serius dan memantau insiden yang tular melibatkan seorang individu bukan Muslim yang menghina Islam dan al-Quran. Perbuatan ini telah mengguris maruah umat Islam apatah lagi di bulan Ramadan yang mulia ini.
Sejak semalam tular gambar kaki seorang lelaki dewasa memijak al-Quran dan tangkap layar hantaran individu didakwa penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) di media sosial.
Turut tular gambar lelaki terbabit dan tangkap layar komen menghina Nabi Muhammad SAW.
Dilaporkan kes disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana menghina agama lain dan sabit kesalahan boleh dipenjara hingga dua tahun dan denda.
Suspek juga disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian untuk menghantar komunikasi bersifat menyakitkan hati, menganiaya, mengugut, atau mengganggu orang lain termasuk kandungan jelik.–AlHijrah Online