ISU KALIMAH ALLAH: ANWAR INGATKAN JANGAN PUTAR BELIT FAKTA, TIPU RAKYAT
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak supaya tidak memutar belit fakta mengenai hal penggunaan kalimah Allah dan menggunakannya untuk menipu rakyat.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. – Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak supaya tidak memutar belit fakta mengenai hal penggunaan kalimah Allah dan menggunakannya untuk menipu rakyat.
Ketika menjelaskan dakwaan setengah pihak yang beliau telah mengelirukan Dewan Rakyat berhubung perkara tersebut, Anwar bertegas beliau tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang bercanggah.
“Saya menghadap Sultan Selangor atas titah Tuanku. Apa yang Sultan Selangor sebut iaitu dalam soal perakuan Kabinet tentang tidak membolehkan kalimah Allah digunakan di Semenanjung Tanah Melayu diperkenan, kemudian kelonggaran untuk Sabah dan Sarawak.
“Oleh kerana ada pindaan, Tuanku beri pandangan sebaiknya pindaan yang nak dicadangkan untuk diperkemas peraturan itu dibawa kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) supaya Tuanku sendiri mempersembahkan kepada Majlis Raja-Raja (MRR).
“Apa yang bertentangannya? Nak putar belit tipu rakyat sebab apa? Nak dapat keuntungan politik jangan dengan menipu,” kata beliau pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.
Anwar berkata demikian sekali gus membidas Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (PN-Tanjong Karang) yang pada permulaan persidangan hari ini bangkit mengemukakan Peraturan Mesyuarat 36(12) menuntut Perdana Menteri dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana didakwa mengeluarkan kenyataan bercanggah.
Zulkafperi merujuk kenyataan Anwar di Dewan Rakyat pada 23 Mei lepas yang menafikan dakwaan kerajaan tidak merujuk Yang di-Pertuan Agong mengenai keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menarik balik rayuan keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan penggunaan kalimah Allah.
Menurut Zulkafperi, ia berikutan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 7 Jun yang menunjukkan kerajaan belum merujuk kepada MRR sebelum menarik balik rayuan itu.
Menerusi titah itu, baginda selaku Pengerusi MKI mencadangkan supaya isu kalimah Allah dibawa kepada badan itu pada Ogos depan sebelum ia diangkat kepada MRR Oktober ini.
Pada masa sama Perdana Menteri menegaskan keputusan kerajaan untuk menarik balik rayuan dalam isu kalimah Allah telah dirujuk kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerusi panggilan telefon yang dibuat semasa mesyuarat Jemaah Menteri pada 7 Feb lepas.
“Kenyataan itu kalau baca dengan betul tak akan mengelirukan dan memang dirujuk kepada Yang di-Pertuan Agong,” kata beliau. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.