Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI MENGAMUK TAK DIPANGGIL ‘ABANG’, ‘BABY’ DIDENDA RM300

DALAM NEGARA

LELAKI MENGAMUK TAK DIPANGGIL ‘ABANG’, ‘BABY’ DIDENDA RM300

SHAH ALAM: Seorang lelaki yang mengamuk kerana tidak dipanggil ‘abang’ atau ‘baby’ di sebuah restoran di Subang Jaya didenda RM300 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan mudarat awam.

Penganggur Mohd Asri Abdullah, 50, (dua, kanan) didenda RM300 di Mahkamah Majistret hari ini, selepas mengaku salah atas tuduhan melakukan mudarat awam di sebuah restoran di Subang Jaya, awal minggu lalu. — Bernama

SHAH ALAM: Seorang lelaki yang mengamuk kerana tidak dipanggil ‘abang’ atau ‘baby’ di sebuah restoran di Subang Jaya didenda RM300 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan mudarat awam.

Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Asri Abdullah, 50, dan memerintahkan tertuduh dipenjara tujuh hari jika gagal membayar denda.

Mohd Asri yang merupakan gelandangan didakwa melakukan mudarat awam sehingga menyebabkan kegusaran orang ramai di sebuah restoran di Putra Height, Subang Jaya pada 9 pagi, 4 Jun lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 290 akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM400.   

Timbalan Pendakwa Raya Nurul Farah Sofea Norazman memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

 Mengikut fakta kes, Mohd Asri mengamuk selepas berang tidak dipanggil dengan panggilan ‘abang’ atau ‘baby’ dengan membaling bungkusan nasi dan air Nescafe panas lalu terkena pada anak lelaki pemilik restoran berusia empat tahun.

Bekas pemandu lori itu turut menendang meja, membaling kerusi, meludah serta berkelakuan pelik. 


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading