Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JAKIM KEMAS KINI TAKWIM 2022 MILADIAH/1443-1444H

DALAM NEGARA

JAKIM KEMAS KINI TAKWIM 2022 MILADIAH/1443-1444H

Takwim itu dikemas kini berikutan perubahan tarikh 1 Syawal 1443H yang telah diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja jatuh pada 2 Mei 2022, berbanding 3 Mei 2022 pada takwim yang dikeluarkan sebelum ini.

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan edisi kemas kini Syawal 1443 Hijriah (H) bagi Takwim 2022 Miladiah/1443-1444H Bagi Malaysia yang boleh didapati di laman web https://www.e-solat.gov.my/.

Ketua Unit Komunikasi Korporat Jakim Zakaria Othman dalam kenyataan hari ini berkata takwim itu dikemas kini berikutan perubahan tarikh 1 Syawal 1443H yang telah diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja jatuh pada 2 Mei 2022, berbanding 3 Mei 2022 pada takwim yang dikeluarkan sebelum ini.

Beliau berkata perubahan itu hanya melibatkan bulan Mei 2022/Syawal 1443H.

“Semoga takwim tersebut dapat membantu melancarkan lagi penyusunan aktiviti harian, ibadat dan urusan kehidupan umat Islam di negara ini,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading