TIGA JENAZAH PELAJAR USAS DISEMBAHYANGKAN DI MASJID RAJA PERMAISURI BAINUN
Tiga jenazah pelajar yang rentung dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan arah utara di sini pada tengah malam Rabu dibawa ke Masjid Raja Permaisuri Bainun Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) selepas proses pengecaman selesai.
KUALA KANGSAR: Tiga jenazah pelajar yang rentung dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan arah utara di sini pada tengah malam Rabu dibawa ke Masjid Raja Permaisuri Bainun Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) selepas proses pengecaman selesai.
Jenazah Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dan Iqbal Hasnun Halimi, 23, dibawa ke masjid itu pada kira-kira 11.15 malam dengan disambut oleh ratusan pelajar dan jemaah yang hadir.
Suasana hiba menyelubungi pekarangan masjid apabila jenazah dibawa untuk disembahyangkan malam ini dan jemaah yang hadir mengerumuni jenazah bagi menatap mereka buat kali terakhir.
Jenazah Muhammad Nasrun, yang merupakan penuntut Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam, akan dibawa ke Kuala Kubu Bharu di Selangor manakala jenazah Muhammad Nabil Haikal, yang merupakan penuntut Diploma Pentadbiran Perniagaan, pula dibawa ke Mantin, Negeri Sembilan untuk dikebumikan selepas subuh.
Sementara itu, jenazah Iqbal Hasnun, penuntut Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam, akan dibawa pulang untuk dikebumikan sebaik tiba di Senai, Johor.
Pengarah Hospital Taiping Dr Hajah Narimah Yusof dalam satu kenyataan memaklumkan identiti ketiga-tiga mangsa berjaya dikenal pasti hasil bedah siasat dan pemeriksaan forensik odontologi.
“Bedah siasat yang dijalankan bersama pasukan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Taiping dan Unit Forensik Odontologi Hospital Kuala Lumpur mengambil masa kurang 24 jam untuk mengenal pasti ketiga-tiga mangsa berkenaan,” katanya.
Pagi tadi, jenazah mereka dihantar ke Hospital Taiping dari Hospital Kuala Kangsar bagi proses bedah siasat selanjutnya sebelum dituntut ahli keluarga yang menginap di sebuah hotel disediakan Kerajaan Negeri Perak sehingga urusan bedah siasat selesai.
Malam semalam, dua lagi pelajar USAS yang rentung dalam kebakaran kereta selepas kemalangan bersama dua treler di KM 245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di sini dikenal pasti oleh ahli keluarga menerusi proses bedah siasat di Hospital Kuala Kangsar dan disolatkan di masjid sama sebelum jenzah masing-masing dibawa pulang ke Parit Buntar dan Kemaman, Terengganu untuk urusan pengebumian.
Insiden pada kira-kira 12.50 tengah malam itu menyebabkan lima pelajar USAS yang menaiki kereta Honda City rentung selepas kenderaan dinaiki terbakar akibat kemalangan bersama dua treler.
Mereka ialah Muhammad Nasrun Aidol (yang memandu kereta), Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, (penumpang depan) serta Muhammad Nabil Haikal, Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, dan Iqbal Hasnun Halimi, 23, yang duduk di bahagian penumpang belakang.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager