Ini kerana keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan itu berkait dengan peruntukan perundangan diluluskan oleh DUN (Dewan Undangan Negeri) Kelantan dan bukannya berkenaan Mahkamah Syariah.
BAGAN DATUK: Keputusan Mahkamah Persekutuan yang membatalkan 16 peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 tidak perlu dipolitikkan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid berkata ini kerana keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan itu berkait dengan peruntukan perundangan diluluskan oleh DUN (Dewan Undangan Negeri) Kelantan dan bukannya berkenaan Mahkamah Syariah.
Pada masa yang sama, beliau bersetuju sekiranya perbincangan antara Ahli Parlimen yang beragama Islam diadakan, bagi memperkasakan undang-undang syariah dengan syarat pihak yang terlibat tidak mempolitikkan isu itu.
“Soal perbincangan, boleh diadakan, tetapi kita mesti menelaah tentang soal penentuan fikrah dan tidak menjadikan politik (sebagai) garis utama, atau sudah terhentak ke dinding baru nak panggil orang Islam untuk bincang tentang perkara ini,” katanya selepas melakukan kunjungan kasih ke atas keluarga angkatnya sempena sambutan Tahun Baharu Cina di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang mengajak semua pihak, terutama ahli Parlimen beragama Islam untuk bergabung berbincang mengenai memperkasakan undang-undang syariah.
Ia susulan Mahkamah Persekutuan pada 9 Feb dalam keputusan majoriti 8-1 memutuskan bahawa 16 peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 adalah batal dan tidak sah.
Keputusan itu disampaikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai sembilan anggota, selepas membenarkan permohonan Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya Tengku Yasmin Nastasha Abdul Rahman, bagi mencabar isu perlembagaan untuk membatalkan 18 peruntukan kesalahan di bawah enakmen tersebut.
Mengulas sama ada kabinet perlu mengadakan perbincangan mengenai keputusan itu, Ahmad Zahid berkata setakat ini, kabinet tidak bercadang untuk membincangkan perkara tersebut di dalam mesyuarat.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager