LIMA UNIT KEDIAMAN DI FLAT SRI SABAH MUSNAH DALAM KEBAKARAN
Kejadian dipercayai berpunca dari rumah nombor tiga dari tepi sebelum merebak kepada empat rumah berhampiran. Bagaimanapun tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku, manakala punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan
KUALA LUMPUR: Sebanyak lima unit kediaman di Tingkat 17, Blok 70, Flat Sri Sabah, Cheras, musnah dalam kebakaran malam tadi.
Pengarah Bahagian, Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Nordin Pauzi berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu pada 9.19 malam.
Beliau berkata sebanyak tujuh jentera bomba termasuk dua daripada jenis “Aerial Ladder Platform” dan 55 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah, BBP Bandar Tun Razak, BBP Sri Hartamas dan BBP Pudu dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan itu.
“Kejadian dipercayai berpunca dari rumah nombor tiga dari tepi sebelum merebak kepada empat rumah berhampiran. Bagaimanapun tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku, manakala punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya dalam sidang media di lokasi kejadian.
Beliau berkata pada peringkat awal pihak bomba menghadapi sedikit kesukaran untuk mengawal kebakaran memandangkan kebakaran berlaku di Tingkat 17 blok berkenaan menyebabkan anggota bomba terpaksa menggunakan jentera “Aerial Ladder Platform” selain tekanan air rendah.
Bagaimanapun, beliau berkata hasil tindakan pantas pihak bomba, kebakaran dapat dikawal pada 11.22 malam.
Nordin berkata seramai 39 anggota daripada agensi seperti Angkatan Pertahanan Awam dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur turut membantu dalam operasi berkenaan.
“Saya menjangkakan operasi akan tamat sepenuhnya pada 2 pagi ini dan selepas itu penghuni-penghuni akan dibenarkan kembali ke rumah masing-masing,” katanya.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah terlibat dalam kejadian berkenaan.
“Siasatan lanjut akan dilakukan oleh pihak bomba dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan,” katanya.
Menurut Zam Halim seramai 50 anggota polis juga akan ditempatkan di lokasi kejadian bagi tujuan keselamatan dan pemantauan memastikan keadaan berada dalam keadaan baik.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.