Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JANGAN SALAH FAHAM LARANGAN UMAT ISLAM SERTAI SAMBUTAN THAIPUSAM

DALAM NEGARA

JANGAN SALAH FAHAM LARANGAN UMAT ISLAM SERTAI SAMBUTAN THAIPUSAM

KUALA LUMPUR : Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berharap, tidak timbul salah faham berhubung kenyataannya sebelum ini yang melarang umat Islam  menyertai ritual sambutan Thaipusam baru-baru ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berucap ketika hadir pada Majlis Pelancaran Pelan Pembangunan Komuniti Setempat Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) di Masjid Jamek Kampung Baharu hari ini. — Bernama

KUALA LUMPUR : Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berharap, tidak timbul salah faham berhubung kenyataannya sebelum ini yang melarang umat Islam  menyertai ritual sambutan Thaipusam baru-baru ini.

Jelas beliau, larangan itu tidak bermaksud, Islam menghalang amalan kunjung mengunjung dan hormat-menghormati dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.

“Nasihat tersebut tidak bermakna umat Islam tidak boleh bersama-sama orang bukan Islam namun terdapat batasan apabila melibatkan agama.

“Semangat kesatuan, perpaduan, amat kita galakkan,” katanya ketika ditemui media selepas melancarkan Pelan Pembangunan Komuniti Setempat Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) di Masjid Jamek Kampung Bharu, di sini hari ini.

Pada Sabtu, Mohd Na’im menasihatkan  umat Islam dinasihatkan untuk tidak terlibat atau mengambil bahagian di dalam sambutan Hari Thaipusam yang berlangsung semalam.

Perkara itu kerana Thaipusam merupakan acara peribadatan agama yang khusus kepada para penganutnya.

Nasihat itu juga dikeluarkannya berpandukan ketetapan panduan yang telah dikeluarkan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading