Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PM UCAP SELAMAT BERTUGAS BUAT PASUKAN SMART DI TURKIYE

DALAM NEGARA

PM UCAP SELAMAT BERTUGAS BUAT PASUKAN SMART DI TURKIYE

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan selamat menjalankan tugas kepada Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang dihantar ke Turkiye untuk menyertai misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di negara itu.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan selamat menjalankan tugas kepada Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang dihantar ke Turkiye untuk menyertai misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di negara itu.

Menerusi catatan di Facebook, beliau turut mendoakan semoga usaha pasukan berkenaan dipermudahkan.

Semalam, pasukan berkenaan yang dianggotai anggota SMART, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam (APM) selamat tiba di Turkiye pada 11 pagi (waktu Malaysia) bagi menyertai misi SAR di wilayah terjejas bencana gempa bumi.

Pada awal pagi Isnin, gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter melanda daerah Pazarcik di wilayah Kahrananmaras dan menggegarkan beberapa wilayah lain termasuk Gaziantep, Sanliurfa, Diyarbakir, Adana, Adiyaman, Malatya, Osmaniye, Hatay serta Kilis.

Menurut laporan media, setakat semalam tragedi itu telah meragut lebih 5,000 nyawa di Turkiye dan Syria.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading