Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

Jangan sertai himpunan bantah Dr. Zakir Naik – PDRM

DALAM NEGARA

Jangan sertai himpunan bantah Dr. Zakir Naik – PDRM

Perhimpunan “Say No To Zakir Naik, Equal Rights to Indian and Other Races” di Water Fountain Little India, Brickfields tidak memenuhi syarat undang-undang.

KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihatkan tidak menyertai perhimpunan “Say No To Zakir Naik, Equal Rights to Indian and Other Races” di Brickfields esok.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Superitendan Arifai Tarawe berkata notis mengenai himpunan yang diajukan oleh penganjur kepada polis tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat undang-undang.

“Polis telah menerima notis daripada penganjur, mengikut Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang bertujuan mengadakan perhimpunan pada 24 Ogos (Sabtu ini) jam 2 petang di Air Fountain Little India, Brickfields.

“Bagaimanapun, notis yang dikemukakan didapati tidak lengkap dan tidak memenuhi keperluan undang-undang,” katanya sebagaimana dipetik Bernama, di sini semalam.

Oleh itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak pergi ke tempat itu untuk menjaga keselesaan dan kesejahteraan masyarakat setempat.

Perhimpunan Bantah Tulisan Khat Untuk Sekolah Tamil yang dijadualkan bermula pukul 7 malam ini di Water Fountain Little India, Brickfields akan disusuli oleh perhimpunan membantah Dr. Zakir Naik yang dijadualkan berlangsung pada pukul 2 petang esok.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading