Sebahagian rampasan haiwan eksotik oleh Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan yang cuba diseludup keluar ke negara jiran, semalam.
PASIR PUTEH – Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga Tok Bali berjaya
menumpaskan satu kegiatan penyeludupan haiwan eksotik, semalam.
Kegiatan itu dilakukan dengan menggunakan modus operandi secara menyembunyikan
binatang tersebut di kawasan semak berhampiran sungai, sebelum diseludup ke negara
jiran melalui jalan laut.
Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, Asisten Komisioner Norzaid Muhammad
Said, berkata dalam Ops Landai pada pukul
11 pagi itu, pihaknya berjaya merampas 90 ekor musang dan 14 ekor
kura-kura.
“Berdasarkan perisikan kita mendapati individu persendirian ini mencari
bekalan dalam hutan kita, dan mereka menjualnya kepada pembeli melalui
perantaraan agen-agen sindiket yang sedia ada. Selepas itu mereka terus sorok
di satu tempat yang tersembunyi, sebelum dikumpul dalam kuantiti yang besar
seperti yang kita dapat hari ini.
Haiwan-haiwan ini seterusnya dipindahkan ke dalam bot-bot ikan untuk
dihantar ke tengah laut. Bot-bot ikan dari Vietnam yang menunggu itu kemudian
akan membawa hasil seludupan tersebut ke negara mereka,” katanya.
Asisten Komisioner Norzaid Muhammad Said
Tambah Norzaid, tiada tangkapan dilakukan dalam operasi yang
dijalankan, walaupun pihaknya telah membuat intipan lebih sejam di tempat
kejadian sebelum membuat serbuan, namun tiada individu yang muncul.
Nilai keseluruhan rampasan ialah RM19,000, merupakan rampasan terbesar
haiwan eksotik oleh Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga di Kelantan untuk tahun
ini.
Menurut siasatan awal, harga bagi seekor musang ialah RM200, manakala
kura-kura dijual pada RM14 sekilogram dan nilai ini boleh meningkat sehingga
tiga kali ganda di Thailand dan Vietnam.
Norzaid berkata, kesemua haiwan yang dirampas akan diserahkan kepada Jabatan
Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk tindakan lanjut.
Kes akan disiasat di bawah Akta Pemuliharaan dan Hidupan Liar 2010 (Akta
716) dan jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau penjara
tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager