Connect with us

ALHIJRAH NEWS

JANGAN TERPENGARUH DAKWAAN ‘HYDROGEN INHALER’ BOLEH RAWAT PENYAKIT – KKM

UTAMA

JANGAN TERPENGARUH DAKWAAN ‘HYDROGEN INHALER’ BOLEH RAWAT PENYAKIT – KKM

Orang ramai, khususnya warga emas dinasihatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan manfaat kesihatan peranti hydrogen inhaler atau mesin hidrogen yang belum dibuktikan secara saintifik.

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihati orang ramai, khususnya warga emas, supaya tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan manfaat kesihatan peranti hydrogen inhaler atau mesin hidrogen yang belum dibuktikan secara saintifik.

KKM memaklumkan peranti berkenaan juga belum mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA).

Menurut kementerian itu, semua peranti perubatan yang dijual atau digunakan di Malaysia perlu didaftarkan dengan MDA mengikut Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737).

“Penjualan, pengedaran atau pengiklanan peranti yang tidak berdaftar adalah suatu kesalahan di bawah undang-undang dan boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan,” menurut KKM menerusi kenyataan di platform X.

KKM turut mengambil maklum mengenai aktiviti penjualan dan promosi peranti berkenaan yang didakwa mampu menjadi ikhtiar rawatan bagi penyakit seperti jantung, kencing manis dan tekanan darah tinggi.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya lebih berwaspada terhadap aktiviti jualan yang menyasarkan golongan berusia dengan menggunakan tekanan atau rayuan emosi.

KKM turut menggesa orang ramai menyemak status pendaftaran mana-mana peranti perubatan melalui laman sesawang rasmi MDA sebelum membuat sebarang pembelian bagi mengelakkan risiko penipuan atau kesan sampingan.

Sebarang aduan berkaitan penjualan peranti tidak berdaftar atau iklan yang mengelirukan boleh dikemukakan kepada KKM atau MDA. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading