JASAD ZAYN RAYYAN DITEMUKAN DALAM KEADAAN BERSIH, TIDUR MENGIRING – SAKSI
Faizul Najib Abd Munaim, 47, individu pertama yang menemukan jasad Zayn Rayyan berkata semasa beliau jumpa jasad kanak-kanak itu pada 9.40 malam, beliau melihat kanak-kanak itu terbaring di kawasan tersebut malah baju dan seluar mangsa berkeadaan bersih serta tiada kesan kotor.
PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu bahawa jasad kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matin berada dalam keadaan bersih serta tidur mengiring, dengan kakinya bengkok semasa ditemukan di atas timbunan pasir aliran anak sungai berhampiran Apartment Idaman, Damansara Damai pada malam 6 Dis 2023.
Faizul Najib Abd Munaim, 47, individu pertama yang menemukan jasad Zayn Rayyan berkata semasa beliau jumpa jasad kanak-kanak itu pada 9.40 malam, beliau melihat kanak-kanak itu terbaring di kawasan tersebut malah baju dan seluar mangsa berkeadaan bersih serta tiada kesan kotor.
“Saya menangis apabila saya tengok baju (mangsa) terselak, ada urut timbul dan dia sudah tiada…saya rasa kesal sebab lambat bertindak,” katanya sambil menangis semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Kamarul Iman Ahmad Sapian, pada hari keempat perbicaraan kes pengabaian dihadapi ibu bapa kanak-kanak autistik itu Zaim Ikhwan Zahari dan isterinya Ismanira Abdul Manaf.
Menceritakan kejadian itu, Faizul Najib yang bekerja sebagai eksekutif jualan berkata semasa aktiviti pencarian bersama dua individu lain di kawasan tersebut, beliau menyuluh ke arah kanan lalu ternampak satu badan kanak-kanak, lalu beliau terus terjun ke arah sungai yang paras airnya daripada pinggang ke paras dadanya.
“Saya kemudian menjerit dengan kuat dan apabila saya menjerit, dua lagi yang turut serta (dalam pencarian itu) masing-masing berkata ‘dah jumpa..dah jumpa panggil ambulans’.
“Saya pergi ke badan dia (Zayn Rayyan), dia macam seolah-olah tengah tidur. Sangkaan saya apabila saya menjerit dengan kuat mungkin arwah ini akanbertindak balas sedikit…paling tidak kelip mata apabila dengar suara saya. Malangnya tiada tindak balas,” kata saksi pendakwaan keenam itu.
Kepada soalan Kamarul Iman mengenai keadaan badan kanak-kanak itu (Zayn Rayyan) sama ada ditenggelami air (sungai), Faizul Najib menjawab, “Tidak ditenggelami air dan tidak nampak apa-apa kecederaan pada badan (mangsa)”.
Saksi itu berkata selepas jasad Zayn Rayyan ditemukan, seorang anggota polis dikenali sebagai Koperal Hunter yang ditugaskan di lokasi kejadian, datang kepadanya dan beberapa minit kemudian seorang lelaki yang mengaku datuk kepada arwah (Zayn Rayyan) menyatakan dia mahu melihat cucunya.
Saksi itu berkata bapa kepada Zayn Rayyan juga datang melihat anaknya dan beliau mengenali lelaki itu selepas ada individu lain memperkenalkan lelaki itu kepadanya.
“Semasa ayah arwah datang melihat jasad anaknya, dia dalam keadaan emosi dan berkata ‘siapa bunuh anak aku ini’,” katanya dan menambah sebelum pulang ke rumahnya di Pangsapuri Saujana, beliau berjumpa keluarga arwah Zayn Rayyan untuk menyampaikan salam takziah.
Saksi itu berkata bapa Zayn Rayyan bertanya kepadanya bahawa anaknya masih bernyawa ketika beliau menemukannya namun saya menafikan.
“Saya beritahu saya jumpa (Zayn Rayyan) dah macam tu, lalu isterinya cuba menenangkan bapa Zayn Rayyan dan cakap ‘sabar, biar abang (Faizul Najib) ini cakap dahulu’,” katanya.
Disoal Kamarul Iman apakah reaksi isteri (ibu Zayn Rayyan), Faizul Najib menjawab “dia tenang dan mungkin dia boleh terima anaknya sudah hilang dan boleh mengawal perasaan. Saya juga tidak tengok air matanya sebab saya lihat sepintas lalu”.
Saksi pendakwaan ketujuh Ahmad Nur Syaruddin Mad Zawawi, 36, pula berkata semasa jasad Zayn Rayyan ditemukan, ada seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai bapa kepada kanak-kanak itu.
“Dia (bapa Zayn Rayyan) minta nak tengok dan pegang jasad itu (Zayn Rayyan) sekejap, bapa arwah datang menjerit…saya tidak pasti apa yang dia cakap,” katanya semasa pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya Aqharie Durranie Aziz.
Ahmad Nur Syaruddin yang bekerja sebagai pegawai khidmat pelanggan berkata ketika bapa Zayn Rayyan mahu melihat jenazah anaknya, dia macam meracau dan disebabkan itu anggota polis tidak membenarkan dia mendekati kawasan penemuan jasad Zayn Rayyan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh bersambung esok.
Pada 13 Jun 2024, Zaim Ikhwan dan Ismanira, kedua-duanya berumur 30 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas satu pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autistik berusia enam tahun itu, dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya di sekitar jalan PJU Damansara Damai di sini pada 12 tengah hari, 5 Dis hingga 9.55 malam, 6 Dis 2023.
Pertuduhan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31 (1) akta sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pada 6 Dis 2023, mayat Zayn Rayyan ditemukan di aliran anak sungai berhampiran rumahnya di Apartment Idaman, Damansara Damai dekat sini, selepas dilaporkan hilang sehari sebelumnya.
Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh apabila hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badannya akibat mempertahankan diri.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests