Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata pihaknya telah mengarahkan JAWI untuk menjalankan siasatan rapi memandangkan masjid itu terletak di bawah bidang kuasa pengawasan jabatan berkenaan.
KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) diarahkan menilai semula prosedur operasi standard (SOP) keselamatan masjid susulan kejadian seorang lelaki kurang siuman menggangu jemaah di Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Rabu lepas.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata pihaknya telah mengarahkan JAWI untuk menjalankan siasatan rapi memandangkan masjid itu terletak di bawah bidang kuasa pengawasan jabatan berkenaan.
“Saya telah meminta Pengarah JAWI yang baharu Hanifuddin Roslan untuk membuat siasatan terperinci termasuk menilai semula aspek keselamatan yang perlu diberi perhatian untuk ditambah baik,” katanya.
Mohd Na’im berkata demikian kepada penberita semasa ditemui di Majlis Perasmian Kompleks Akademik Kolej Universiti Antarabangsa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP-UCMI) di sini hari ini.
Semalam Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Ku Mashariman Ku Mahmood mengesahkan suspek membuat kekecohan termasuk merosakkan televisyen di masjid itu, mengalami masalah mental sejak April 2022.
Sementara itu, Mohd Na’im meminta umat Islam menghormati ketetapan Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang memutuskan ajaran The Ahmadi Religion of Peace and Light dan ajaran Mhd Mohib Khouli Nazem sebagai sesat dan menyeleweng.
“MKI adalah badan tertinggi dengan ahli jawatankuasa MKI terdiri daripada mufti-mufti negeri yang bertauliah serta mempunyai kepakaran daripada sudut akidah. Jadi saya harap keputusan yang dibuat itu difahami oleh rakyat dan kemudian diikuti atas dasar ketaatan kepada pemimpin,” katanya.
Sebelum ini Pengerusi Jawatankuasa MKI Datuk Dr Nooh Gadut menerusi kenyataan memaklumkan MKI memutuskan dua ajaran tersebut sebagai sesat dan menyeleweng serta bercanggah dengan ajaran Islam dan hukum syarak.
Antara ajaran The Ahmadi Religion of Peace and Light yang bercanggah dengan agama Islam adalah pengikutnya mempercayai Muhammad bin al-Hassan al-Askari (imam syiah yang ke-12) sebagai Imam al-Mahdi dan beliau kini dikatakan sedang bersembunyi dan akan muncul pada akhir zaman.
Manakala bagi ajaran Mhd Mohib Khouli Nazem, Nooh berkata antara ciri penyelewengan ajaran itu adalah mendakwa Allah SWT harus mempunyai anak dan Allah SWT seolah-olah mempunyai sifat dan jisim sama seperti makhluk.
Sementara itu, Hanifuddin dalam kenyataan memaklumkan JAWI menerusi Bahagian Pengurusan Masjid telah meminta pihak Masjid At-Taqwa untuk meningkatkan lagi keselamatan kawasan bagi memastikan kejadian sama tidak berulang.
Dalam masa sama, beliau menzahirkan rasa kesal dengan tindakan seorang jemaah yang bertindak kasar kepada individu tersebut yang tidak selari dengan cara Islam dalam menangani masalah.
“JAWI mengucapkan terima kasih pada pihak Polis Diraja Malaysia atas tindakan pantas mereka dalam menahan individu berkenaan,” katanya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager