Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KES YAP XIN YUAN: POLIS TUMPU ASPEK SELISIH FAHAM, AMBIL DADAH BERLEBIHAN

DALAM NEGARA

KES YAP XIN YUAN: POLIS TUMPU ASPEK SELISIH FAHAM, AMBIL DADAH BERLEBIHAN

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata keadaan mayat yang reput ketika ditemukan pada Sabtu lepas menyukarkan pakar patologi untuk memastikan sebarang kecederaan fizikal lain.

SHAH ALAM: Polis akan menumpukan aspek perselisihan faham dan pengambilan dadah berlebihan dalam siasatan bagi mengenal pasti motif pembunuhan remaja perempuan Yap Xin Yuan.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya masih menunggu laporan dan keputusan toksikologi bagi mengukuhkan elemen siasatan dalam kes itu. 

“Kita masih menunggu keputusan toksikologi sama ada si mati (mangsa) ada menggunakan sebarang bahan dadah.

“Selagi tidak dapat keputusan itu (toksikologi dan bedah siasat), tidak boleh kata dia mengambil dadah atau overdose,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.

Hussein berkata keadaan mayat yang reput ketika ditemukan pada Sabtu lepas menyukarkan pakar patologi untuk memastikan sebarang kecederaan fizikal lain.

Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan teman lelaki mangsa terlibat dalam membuang mayat remaja perempuan itu. 

“Sama ada orang lain ada bantu buang mayat itu atau tidak, ia masih dalam siasatan,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan polis menahan tiga suspek termasuk teman lelaki remaja itu, masing-masing berumur 16, 20 dan 51 tahun bagi membantu siasatan.

Remaja berusia 15 tahun itu dilaporkan hilang selepas menghadiri latihan tarian singa di sebuah gelanggang bola keranjang di Batu 11, Cheras pada 19 Dis sebelum mayatnya ditemukan di RTB Sungai Changgang, Kuala Langat dekat sini 10 hari kemudian. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading