Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JAWI KESAL TINDAKAN JEMAAH BERTINDAK KASAR TERHADAP LELAKI MENTAL CEROBOH MASJID

DALAM NEGARA

JAWI KESAL TINDAKAN JEMAAH BERTINDAK KASAR TERHADAP LELAKI MENTAL CEROBOH MASJID

Pengarahnya Hanifuddin Roslan berkata, tindakan tersebut tidak menunjukkan cara Islam dalam menangani sesuatu masalah.

KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) kesal dengan tindakan jemaah yang bertindak kasar ke atas lelaki yang mencetuskan suasana tidak senang di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, pada 1 Jan lalu.

Pengarahnya Hanifuddin Roslan berkata, tindakan tersebut tidak menunjukkan cara Islam dalam menangani sesuatu masalah.

Katanya siasatan mendapati lelaki tersebut mempunyai masalah mental dan telah menganggu para jemaah untuk beribadah di masjid berkenaan.

“Pihak JAWI mengucapkan terima kasih kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas tindakan pantas menahan individu berkenaan untuk siasatan lanjut.

“JAWI melalui Bahagian Pengurusan Masjid telah meminta pihak masjid berkenaan untuk meningkatkan keselamatan di kawasan masjid agar kejadian sama tidak berulang pada masa akan datang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular video di media sosial memaparkan seorang lelaki yang menceroboh masjid sehingga bertindak diluar kawalan sehingga mencetuskan suasana tidak senang pada waktu solat Subuh di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

2 Comments

2 Comments

  1. Anonymous

    3 January 2025 at 5:19 PM

    Lain

  2. Anonymous

    4 January 2025 at 12:07 AM

    Ada maklumat menyatakan orang ini dah datang ke Masjid ini sehari sebelum kejadian dan merosakkan TV dan baling barang2 di Bahagian muslimat.

    Kejadian sehari sebelum,
    orang ramai tak ketahui dan tak nampak seperti kejadian video yang viral itu.

    Yang musykil orang sakit mental boleh pergi ke Masjid dua kali.🤔

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading