KONSERT ‘PINKFISH’: POLIS PERCAYA INDIVIDU MAUT BELI DADAH DI DALAM PREMIS
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut bagaimana dadah itu boleh dibawa masuk ke dalam premis berkenaan sedangkan Unit Anjing Pengesan (K9) polis ditempatkan di semua pintu masuk.
SHAH ALAM: Polis percaya dadah jenis ekstasi yang disyaki diambil empat individu yang meninggal dunia selepas menghadiri konsert di Bandar Sunway, Subang Jaya diperoleh atau dibeli di dalam premis konsert berlangsung.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut bagaimana dadah itu boleh dibawa masuk ke dalam premis berkenaan sedangkan Unit Anjing Pengesan (K9) polis ditempatkan di semua pintu masuk.
“Siasatan awal mendapati ada dalam kalangan mereka membeli dadah di dalam premis semasa konsert pada harga satu pil RM50 selain ada yang membelinya di luar.
“Siasatan juga mendapati ada pihak yang berlegar menjual pil ekstasi di dalam konsert kepada pengunjung dan polis sedang menyiasat mereka yang terlibat dalam penjualan tersebut,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata selain ekstasi, siasatan juga menunjukkan individu berkenaan turut mengambil minuman beralkohol semasa konsert berlangsung.
Berhubung aspek kawalan oleh anggota polis yang ditempatkan di lokasi konsert, Hussein berkata polis hanya ditugaskan untuk menjalankan pemantauan dan menjaga keamanan di luar premis.
“Urusan hal keselamatan pengunjung di dalam premis atau bangunan berkenaan adalah di bawah tanggungjawab pihak penganjur dan difahamkan mereka menggunakan polis bantuan bagi tujuan terbabit,” katanya.
Semalam, Hussein dilaporkan berkata siasatan awal polis mendapati empat mangsa yang meninggal dunia selepas menghadiri konsert pada ambang tahun baharu itu disyaki terbabit dalam pengambilan dadah jenis ekstasi.
Pihak penganjur kemudian tampil dengan kenyataan bahawa mereka telah mengambil pelbagai langkah keselamatan seperti kehadiran lebih 100 anggota polis, menempatkan anggota keselamatan terlatih dan unit K9 di semua pintu masuk, serta akan memberikan kerjasama penuh kepada siasatan yang dijalankan polis.
Sebelum ini, media melaporkan polis sedang menyiasat punca kematian empat individu berusia lingkungan 20 hingga 40-an termasuk dua wanita selepas menghadiri konsert ambang tahun baharu itu.
Laporan polis berkaitan kematian mereka dibuat oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked