Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JEMAAH HAJI B40, M40 DIKENAL PASTI MELALUI SENARAI STR

DALAM NEGARA

JEMAAH HAJI B40, M40 DIKENAL PASTI MELALUI SENARAI STR

Bakal jemaah haji dalam kategori B40 dan M40 dikenal pasti melalui senarai penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), manakala bagi kumpulan T20 adalah berdasarkan pendapatan individu melebihi RM15,000 sebulan dan bukan pendapatan isi rumah.

Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar–fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Bakal jemaah haji dalam kategori B40 dan M40 dikenal pasti melalui senarai penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), manakala bagi kumpulan T20 adalah berdasarkan pendapatan individu melebihi RM15,000 sebulan dan bukan pendapatan isi rumah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata Lembaga Tabung Haji (TH) telah bekerjasama dengan kerajaan untuk menyemak silang maklumat bakal haji dengan pangkalan data sedia ada berkaitan pendapatan jemaah yang terpilih.

“Bagi musim haji 1444H/2023M, sebanyak 45.7 peratus yang terpilih terdiri daripada jemaah haji kumpulan B40, 52.3 peratus pula adalah jemaah haji kumpulan M40 dan dua peratus lagi adalah kumpulan T20,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) yang ingin tahu kriteria  digunakan untuk mengklasifikasikan golongan B40, M40 dan T20 dalam menentukan mereka yang menerima tawaran untuk mengerjakan haji tahun 1444 Hijrah.

Bagi penambahan kuota haji, Mohd Na’im berkata Malaysia telah mengemukakan permohonan kepada kerajaan Arab Saudi dan kini menunggu keputusan rayuan itu. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading