Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SUSPEK KES BUNUH DI TAMAN SENTOSA UTAMA, KLANG DIBERKAS

DALAM NEGARA

SUSPEK KES BUNUH DI TAMAN SENTOSA UTAMA, KLANG DIBERKAS

Suspek lelaki yang diburu polis kerana disyaki terbabit dalam kes bunuh lelaki tempatan di sebuah rumah di Taman Sentosa Utama, Klang bulan lepas, diberkas semalam.

SHAH ALAM: Suspek lelaki yang diburu polis kerana disyaki terbabit dalam kes bunuh lelaki tempatan di sebuah rumah di Taman Sentosa Utama, Klang bulan lepas, diberkas semalam. 

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata suspek B Perkas Rao @ Rider, 41, telah ditahan di sekitar Jalan Abadi, Seksyen 25 di sini pada 9.50 malam tadi. 

“Suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Klang pagi tadi dan dibenarkan direman selama tujuh hari hingga 14 Jun,” katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Cha menerusi kenyataan semalam meminta kerjasama orang ramai menyalurkan sebarang maklumat kepada polis bagi mengesan Perkas Rao yang disyaki terlibat dalam kejadian bunuh membabitkan seorang mangsa berusia 34 tahun yang dipercayai dipukul suspek di dalam rumah berkenaan pada 26 Mei lepas.

“Mangsa mengalami 27 kesan pelbagai kecederaan pada seluruh badan dan patah tulang kaki kiri yang menjadi punca kematiannya,” katanya dan menambah kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading