IBU, BAPA TIRI DIDAKWA SEMULA TUDUHAN CUAI, SEBABKAN KECEDERAAN FIZIKAL ANAK EMPAT TAHUN
Sepasang suami isteri yang dilepas tanpa dibebaskan daripada pertuduhan cuai yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal terhadap anak lelaki berusia empat tahun, hari ini dihadapkan semula di Mahkamah Sesyen di Johor Bahru
JOHOR BAHRU: Sepasang suami isteri yang dilepas tanpa dibebaskan daripada pertuduhan cuai yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal terhadap anak lelaki berusia empat tahun, hari ini dihadapkan semula di Mahkamah Sesyen di sini.
Ibu kandung kanak-kanak berkenaan dan lelaki yang merupakan bapa tiri, kedua-duanya berusia 23 tahun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu.
Mengikut pertuduhan baharu, mereka didakwa bagi mencapai niat bersama, telah bertindak secara cuai dengan cara yang mungkin akan menyebabkan mengalami kecederaan fizikal terhadap kanak-kanak itu yang di bawah pemeliharaan mereka.
Wanita itu yang hamil tiga bulan dan suaminya dituduh melakukan perbuatan tersebut di sebuah unit apartment di Jalan Aman Taman Skudai Baru, di sini pada 12.30 tengah malam 28 April lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya sekali.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya S Thiviya menawarkan jaminan RM20,000 setiap seorang dengan seorang penjamin, selain syarat tambahan tidak mengganggu saksi kes serta menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah.
Kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon wang jaminan dikurangkan.
Hakim VM Mabel Sheela menetapkan jaminan RM7,000 setiap seorang dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan melapor diri di balai polis berdekatan sebulan sekali, dilarang mengganggu saksi serta menyerahkan pasport.
Kes akan disebut semula pada 11 Julai.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests