Seramai 10,109 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran, umum Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Pkharuddin Ghazali hari ini.
PUTRAJAYA: Seramai 10,109 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran, umum Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Pkharuddin Ghazali hari ini.
Mengumumkan keputusan peperiksaan SPM 2022 di sini hari ini, beliau berkata pencapaian calon SPM pada 2022 adalah lebih baik apabila merekodkan Gred Purata Nasional (GPN) sebanyak 4.74 berbanding 4.86 pada tahun sebelumnya.
Nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik. Seramai 373,974 calon menduduki SPM 2022.
“Seramai 75,322 calon SPM 2022 pula merekodkan pencapaian kepujian iaitu sekurang-kurangnya gred C untuk semua mata pelajaran,” katanya.
Pkharuddin berkata seramai 342,742 atau 91.6 peratus calon SPM 2022 layak menerima sijil berbanding 88.1 peratus atau 336,630 calon pada tahun lepas.
“Ini merupakan pencapaian terbaik sejak syarat pensijilan 2013 diperkenalkan dan buat julung kalinya melebihi 90 peratus,” katanya syarat pensijilan SPM yang ditetapkan mulai 2013 adalah calon mesti memperoleh sekurang-kurangnya lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.
Pkharuddin berkata jurang pencapaian calon SPM 2022 antara bandar dan luar bandar semakin mengecil iaitu sebanyak 0.03 mata kepada 0.43 pada SPM 2022 berbanding 0.46 pada SPM 2021.
GPN bagi kategori sekolah-sekolah pula yang jelas menunjukkan peningkatan adalah sekolah menengah agama rakyat iaitu daripada 6.10 pada 2021 kepada 5.71 pada 2022, katanya.
“Ini adalah kali pertama sekolah menengah agama rakyat mendapat gred purata nasional dibawah daripada angka 6.0,” katanya sambil menambah pencapaian GPN sekolah menengah agama negeri pula pada 2022 adalah 4.60 berbanding 4.80 tahun sebelumnya.
Ditanya faktor peningkatan dalam SPM 2022, Pkharuddin berkata pelajar SPM 2022 lebih bersedia dengan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang diperkenalkan Kementerian Pendidikan (KPM).
“Ini adalah tahun kedua format baharu KSSM, jadi mungkin guru dan pelajar sudah ada rujukan tahun sebelumnya dan mereka lebih bersedia.
“Peningkatan prestasi SPM 2022 juga boleh dikaitkan dengan prestasi mata pelajarah sejarah yang mencatatkan prestasi tinggi dalam mata pelajaran teras,” katanya.
Mulai peperiksaan SPM 2021, kesemua mata pelajaran yang diuji adalah berdasarkan KSSM yang diperkenalkan pada 2017.
Melalui format baharu itu, KPM turut melaporkan kemahiran lisan murid melalui Ujian Bertutur dan Ujian Mendengar bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked