SINGAPURA MOHON MAAF KEPADA RAKYAT MALAYSIA SUSULAN JENAKA JELIK
“Kerajaan Singapura sama sekali tidak membiarkan kata-kata atau tindakan yang boleh menyebabkan kemudaratan atau kecederaan kepada orang lain dan Chia, yang bukan lagi warga Singapura, sama sekali tidak mencerminkan pandangan kami.”
KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia Vanu Gopala Menon berkata beliau terkejut dengan “komen yang menjelikkan” mengenai Malaysia oleh komediri Jocelyn Chia.
Beliau berkata kenyataan Chia itu tidak sama sekali mencerminkan pandangan Singapura.
“Saya terkejut dengan komen yang menjelikkan oleh Jocelyn Chia. Kerajaan Singapura sama sekali tidak membiarkan kata-kata atau tindakan yang boleh menyebabkan kemudaratan atau kecederaan kepada orang lain dan Chia, yang bukan lagi warga Singapura, sama sekali tidak mencerminkan pandangan kami.
“Saya dengan tulus ikhlas memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia atas kenyataan wanita itu yang menyakitkan hati,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kenyataan itu dibuat susulan kontroversi jenaka memperlekehkan Malaysia yang dibuat oleh peguam yang kemudian menjadi pelawak mengenai pesawat malang Malaysia MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014 selain membandingkan kemajuan antara kedua-dua negara.
Vanu Gopala berkata sebagai jiran terdekat, Singapura dan Malaysia menikmati hubungan yang kukuh dalam pelbagai segi, dengan hubungan kedua-dua negara yang mendalam dan kukuh dipelbagai peringkat.
“Komen seperti yang dibuat oleh Chia itu tidak membantu dan menjejaskan kepercayaan dan persahabatan yang erat yang dinikmati oleh kedua-dua negara dan rakyat kita,” katanya.
Sementara itu Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dalam satu kenyataan pada Rabu turut mengecam tindakan Chia yang secara jelas memperlekehkan negara Malaysia dan mempersendakan tragedi yang pernah melanda negara.
Tegasnya, tindakan ini langsung tidak menunjukkan sensitiviti dan empati terhadap rakyat Malaysia serta keluarga mangsa tragedi.
“Saya percaya ini bukanlah pendirian atau tindakan yang diterima oleh mana-mana negara apatah lagi menggambarkan pendirian rasmi mana-mana kerajaan.
“Saya berharap sebarang bentuk tindakan atau cubaan seperti ini dapat dihentikan bagi memastikan rasa hormat pada mana-mana negara terus dipelihara,” kata Zambry.
Video Chia mempersendakan Malaysia dalam persembahan komedi bertajuk “Singapore vs Malaysia’ di New York, Amerika Syarikat kini tular. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked