Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MALAYSIA MENGECAM JENAKA KETERLALUAN PELAWAK SINGAPURA

DALAM NEGARA

MALAYSIA MENGECAM JENAKA KETERLALUAN PELAWAK SINGAPURA

Kementerian Luar Negeri mengecam tindakan pelawak Singapura, Jocelyn Chia yang mempersenda dan memperlekeh tragedi yang pernah melanda Malaysia.

Sumber Gambar: Media Sosial

PUTRAJAYA: Kementerian Luar Negeri mengecam tindakan pelawak Singapura, Jocelyn Chia yang mempersenda dan memperlekeh tragedi yang pernah melanda Malaysia.

Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, tindakan pelawak itu langsung tidak menunjukkan rasa sensitiviti dan empati terhadap rakyat Malaysia dan keluarga mangsa.

Tegas beliau, rakaman video Jocelyn Chia jelas menunjukkan tingkah laku yang bertentangan dengan nilai-nilai ketimuran negara Asia yang mempertengahkan berkaitan dengan adab dan tatasusila.

“Saya percaya ini bukanlah pendirian dan tindakan yang diterima oleh mana-mana negara apatah lagi menggambarkan pendirian rasmi mana-mana kerajaan.

“Saya berharap sebarang bentuk tindakan atau cubaan seperti ini dapat dihentikan bagi memastikan rasa hormat pada mana-mana negara terus dipelihara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jocelyn menerusi video berdurasi 1 minit 29 saat yang dimuat naik menerusi media sosial TikTok menggunakan Malaysia sebagai bahan jenaka dalam satu persembahan komedi berdiri mengundang kecaman rakyat Malaysia kerana ia seolah-olah menghina negara.

Lebih menyedihkan apabila wanita tersebut turut memperlekehkan tragedi kehilangan kapal terbang MH370.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading