Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan secara dalam talian hasil serbuan ke atas sebuah premis yang digunakan sebagai pusat panggilan di Taman Semanja, Kajang semalam.
SHAH ALAM: Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan secara dalam talian hasil serbuan ke atas sebuah premis yang digunakan sebagai pusat panggilan di Taman Semanja, Kajang semalam.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata dalam operasi khas oleh sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman itu, seramai 16 ahli sindiket warga tempatan termasuk enam wanita, berumur lingkungan 15 hingga 37 tahun ditahan.
Katanya polis turut merampas peralatan yang digunakan untuk aktiviti jenayah itu termasuk lapan unit komputer riba, 43 telefon bimbit, dua unit ‘router’ Internet dan sebuah buku nota.
“Siasatan mendapati sindiket itu telah beroperasi di premis tersebut lebih kurang dua bulan dan jumlah kerugian mangsa sindiket ini masih dalam siasatan dan belum dapat dipastikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya ahli sindiket yang ditangkap adalah pekerja di pusat panggilan tersebut yang menggunakan media sosial dan rangkaian Internet bagi mencari mangsa dengan menawarkan perkhidmatan penyelenggaraan pendingin hawa, mesin basuh, kusyen kereta dan pembantu rumah yang tidak wujud menerusi Facebook.
“Mangsa yang berminat dengan perkhidmatan ditawarkan akan diminta untuk memuat turun Android Package Kit (APK) daripada pautan http://getsservice3vmi8z62.top/untuk tujuan tempahan perkhidmatan dengan membayar wang deposit,” katanya.
Hussein berkata apabila mangsa mengisi butiran peribadi serta maklumat perbankan untuk tujuan membuat bayaran deposit melalui pautan tersebut, mangsa sebenarnya telah mendedahkan maklumat peribadi dan perbankan kepada pihak sindiket yang menggunakan kaedah ‘phishing’.
“Setelah mendapat maklumat peribadi dan perbankan mangsa, pihak sindiket akan memindahkan wang daripada akaun bank mangsa ke akaun bank yang dikawal oleh sindiket tanpa disedari oleh mangsa.”
“Mangsa hanya menyedari telah ditipu apabila mendapati baki wang di dalam akaun bank mereka berkurang,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada dalam memuat naik apa-apa pautan yang diperoleh daripada iklan di media sosial atau pihak tidak dikenali.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked