JENAZAH TOKOH SEJARAWAN KEDAH SELAMAT DIKEBUMIKAN

ALOR SETAR: Jenazah tokoh sejarawan Kedah, Allahyarham Datuk Dr. Wan Shamsuddin Mohd Yusof, 88 tahun, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Akar Peluru, kira kira jam 2.15 petang tadi.

Terdahulu jenazah disembahyangkan di Masjid Al-Ghufran, Alor Setar.

Lebih seratus orang terdiri daripada ahli Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Kedah (PSMCK), ahli keluarga dan orang ramai hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Sejarawan itu menghembuskan nafas terakhir di Kedah Medical Centre (KMC) pada jam 6.01 petang semalam akibat sakit tua.

Pemergian Allahyarham disifatkan satu kehilangan besar bukan sahaja kepada seluruh rakyat negeri Kedah.

Allahyarham diibaratkan seperti khazanah ensiklopedia sejarah berikutan beliau sangat mencintai dunia sejarah.

Semasa hayatnya, beliau membuktikan kesungguhan dan minat yang sangat mendalam dalam bidang kaji selidik serta penghasilan artikel, jurnal serta buku-buku berkaitan sejarah Negeri Kedah yang bernilai tinggi.—AlHijrah Online

Leave a Reply