JAINJ MASIH SIASAT STATUS AGAMA ILLI NAJWA

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Tosrin Jarvanthi (GAMBAR ARKIB)

KUALA LUMPUR: Status agama Illi Najwa Saddique yang berkahwin dengan Kapten Hoki India, Manpreet Singh Pawar masih dalam siasatan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

Perkembangan itu dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Tosrin Jarvanthi.

“Masih dalam siasatan,” katanya ringkas seperti dilapor portal-portal berita.

Perkahwinan wanita berasal dari Johor itu mendapat perhatian masyarakat susulan video majlis resepsinya yang dilihat bercanggah dengan ajaran Islam.

Majlis perkahwinan illi Najwa dan pasangan diadakan pada Rabu lalu di kampong halaman pengantin lelaki di Mithapur dekat Jalandhar, Punjab. – AlHijrah Online

Leave a Reply