Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KADAR TARIF ELEKTRIK BARU AKAN DIUMUMKAN

DALAM NEGARA

KADAR TARIF ELEKTRIK BARU AKAN DIUMUMKAN

PUTRAJAYA: Kerajaan akan mengumumkan kadar tarif elektrik yang baru bagi pengguna domestik dan industri untuk tahun 2021 minggu ini.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

“Kita akan umumkan dalam minggu ini. Tunggu,” katanya ringkas kepada media selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) pagi tadi.

Ujar Shamsul Anuar, kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif sebelum ini dalam usaha untuk membantu mengurangkan bil elektrik rakyat.

Pada Jun lepas, Shamsul Anuar berkata kerajaan memberi jaminan bahawa kepentingan rakyat akan sentiasa menjadi keutamaan dalam menilai semula kadar semasa tarif elektrik.

Suruhanjaya Tenaga (ST) dijangka mengumumkan tarif baharu bagi tempoh Januari hingga Jun 2021 pada penghujung tahun ini selepas mendapat persetujuan kabinet.

Tenaga Nasional Bhd (TNB) pada September lepas dilapor menjangkakan kemungkinan berlaku penurunan kecil kadar tarif elektrik bagi tahun depan berikutan penyusutan kos pengeluaran arang batu dan gas semasa.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading