Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KU NAN BERSALAH

DALAM NEGARA

KU NAN BERSALAH

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor didapati bersalah atas tuduhan menerima rasuah RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan, Tan Sri Chai Kin Kong, pada empat tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohamed Zaini Mazlan memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kesnya melangkaui keraguan munasabah.

Dalam penghakimanya, Mohamed Zaini berkata terdapat bukti tertuduh menggunakan syarikatnya, Tadmansori Holdings Sdn. Bhd (THSB) sebagai topeng untuk menutup jenayah yang dilakukan.

Mahkamah juga mendapati tiada bukti menunjukkan bahawa tertuduh mengeluarkan duit RM2 juta yang diterima daripada Kin Kong untuk membiayai Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Mengikut pertuduhan, Tengku Adnan didakwa dalam kapasitinya sebagai Menteri Wilayah Persekutuan telah menerima untuk dirinya wang itu melalui cek Hong Leong Islamic Bank milik AKSB yang telah didepositkan ke dalam akaun bank CIMB milik THSB yang beliau mempunyai kepentingan, yang diketahui syarikat AKSB ada perhubungan dengan kerja-kerja rasminya.

Ahli Parlimen Putrajaya itu didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.— AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading