Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JEPUN: AMARAN TSUNAMI DIKELUARKAN SELEPAS GEMPA BUMI MAGNITUD 7.6

UTAMA

JEPUN: AMARAN TSUNAMI DIKELUARKAN SELEPAS GEMPA BUMI MAGNITUD 7.6

Satu siri gempa bumi kuat, dengan yang terbesar berukuran sehingga 7.6 magnitud, melanda wilayah Ishikawa di tengah Jepun pada Isnin.

TOKYO: Satu siri gempa bumi kuat, dengan yang terbesar berukuran sehingga 7.6 magnitud, melanda wilayah Ishikawa di tengah Jepun pada Isnin, kata Agensi Meteorologi Jepun (JMA).

Amaran tsunami telah dikeluarkan oleh JMA untuk daerah Noto, menggesa orang ramai segera berpindah berikutan amaran tsunami untuk wilayah Niigata, Toyama dan Ishikawa di sebelah Laut Jepun di negara itu.

Gempa itu mencatatkan intensiti 7 pada skala seismik Jepun dengan gegaran dirasai di beberapa wilayah di negara Asia itu, lapor Xinhua.

Menurut agensi cuaca, gempa bumi kuat terbaharu berlaku pada pukul 4.10 petang waktu tempatan (3.10 petang waktu Malaysia) pada kedalaman yang cetek.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading