Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TSUNAMI SETINGGI 0.4 METER DICATAT BERHAMPIRAN LOJI NUKLEAR TERBESAR DUNIA DI JEPUN

DUNIA

TSUNAMI SETINGGI 0.4 METER DICATAT BERHAMPIRAN LOJI NUKLEAR TERBESAR DUNIA DI JEPUN

Tsunami setinggi 0.4 meter dicatatkan berhampiran loji kuasa nuklear (NPP) Kashiwazaki-Kariwa di wilayah Niigata, Jepun.

TOKYO: Tsunami setinggi 0.4 meter dicatatkan berhampiran loji kuasa nuklear (NPP) Kashiwazaki-Kariwa di wilayah Niigata, Jepun, kata Tokyo Electric Power Company (TEPCO) pada Isnin.

Jawatankuasa Keselamatan wilayah Fukui berkata tiada insiden kecemasan direkodkan di kemudahan nuklear terbesar di dunia itu, lapor Sputnik.

Ancaman tsunami telah dikeluarkan untuk seluruh pantai barat Jepun dari pulau utara Hokkaido ke pulau selatan Kyushu manakala ancaman tsunami besar diisytiharkan di wilayah Ishikawa selepas beberapa gempa bumi.

Sebanyak sembilan gempa bumi dengan magnitud antara 4.3 hingga 7.6 berlaku dari 4.06 waktu tempatan (07:06 GMT) dengan menggegarkan kawasan di wilayah Ishikawa dan Niigata.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading